Ezlynn Pening
Disoal Tentang Anak. Bila Nak Hamil atau Mengandung? Bila Nak Dapat Anak Dengan Adam Fahmi?
mohdrohaizad.com - Begitulah persoalan yang sering ditanya kepada Ezlynn yang sudah dua tahun berkahwin dengan pengurus merangkap suaminya Adam Fahmi. Pelbagai usaha telah dicuba oleh mereka berdua. Pelbagai petua yang diamalkan. Namun rezeki masih belum memihak kepada mereka berdua.
Walaubagaimanapun, Ezlynn masih mampu tersenyum dan tidak tertekan sangat, mungkin dua tahun masih lagi awal? Baca dibawah tentang luahan hati Ezlynn tentang isu anak..
Ezlynn
Tidak Tertekan Ditanya Soal Anak
Penyanyi
dan pelakon Ezlynn tidak tertekan apabila sering diasak dengan pertanyaan
mengenai anak selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan
pengurusnya, (Gambar) Adam Fahmi.
Ezlynn
atau nama sebenarnya (Gambar) Azline Ariffin, 31 tahun, sebaliknya berkata, mereka masih
berusaha untuk mendapatkan cahaya mata namun rezeki masih belum menyebelahi
mereka.
"Saya
dan suami tidak pernah merancang tetapi masih belum rezeki kami untuk
mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun kami tidak tertekan dengan situasi ini
kerana yakin akan tiba masa untuk kami nanti," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.
Ezlynn
dan Adam, 35 tahun, sah bergelar suami isteri pada 20 November 2011 dalam satu
upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini.
Ezlynn Berharap Dikurniakan Cahaya Mata
Dalam
perkembangan sama, Ezlynn berkata, keluarga kedua-dua belah pihak juga tidak pernah
membangkitkan soal berkenaan kepada mereka namun mengharap rumah tangga yang
dibina itu akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata.
Bagaimanapun
kata Ezlynn, dia tahu keluarga sebelah suaminya mengharapkan kehadiran cucu
kerana Adam adalah anak pertama dalam keluarganya.
"Sebelah
keluarga suami masih belum ada yang berkahwin dan sudah tentu harapan itu agak
tinggi diletakkan kepada kami namun keluarga mertua juga memahami dan tidak
pernah membangkitkan soal tersebut," jelasnya.
Sementara
itu, Ezlynn berkata, dia semakin memahami Adam yang juga pengurusnya dan
semakin bijak membezakan soal kerjaya dan peribadi.
"Sebenarnya
tidak banyak perbezaan tetapi kami semakin saling memahami di antara satu sama
lain dan kami bahagia bersama," katanya.
Ezlynn & Adam Fahmi Sambut Hari Raya Aidilfitri
Dalam
perkembangan lain, Ezlynn berkata, dia bakal merakamkan sebuah lagu ciptaan
penyanyi Dina Nazir bersempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri sebelum memasuki
studio untuk album penuh terbaharunya.
Jelas
Ezlynn, dia tidak mahu terburu-buru untuk menyiapkan album tersebut kerana
ingin menkaji terlebih dahulu citarasa pendengar supaya ia dapat diterima
dengan meluas.
"Saya mahu buat sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kepada
pendengar dan peminat sebab itu tidak mahu terburu-buru merakamkan album itu
nanti," katanya. - MStar
VIDEO MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN EZLYNN & ADAM FAHMI
Mohd Rohaizad - Diharap Ezlynn dan Adam Fahmi bersabar banyak-banyak. Para peminat memang rajin bertanya soal tentang hamil dan mengandung. Tambahan lagi dah dua tahun berkahwin, mereka memang tidak sabar untuk melihat Ezlynn mempunyai cahaya mata. pelbagai usaha telah dibuat oleh pasangan suami isteri ini tapi dah tiada rezeki lagi. Kena ikhtiarlah lagi kan? Dah.. jangan tanya lagi.. Datuk Siti Nurhaliza lagi lama berusaha untuk dapatkan anak sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.