Fasha Sandha Pasang Cctv Demi Anak
- Putra Rayfal
Blog Hiburan Mohdrohaizad.com bersetuju dengan tindakan Fasha Sandha untuk memasang CCTV untuk memantau pergerakan anaknya iaitu Putra Rayfal. Ibu mana yang tidak sayangkan anak kan? Sering kali kita mendengar kes dera anak oleh pengasuh, isu ini telah mendatangkan banyak kerisauan terutamanya kepada ibu bapa yang sibuk bekerja. Begitu juga dengan Fasha Sandha yang sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menjaga anaknya dikala dia sibuk menjalani kehidupan sebagai artis selebriti yang terkenal di Malaysia.
Kes Dera Anak Membuatkan Fasha Sandha Nekad Pasang CCTV
Bimbang dengan kes penderaan yang
dilakukan terhadap kanak-kanak, pelakon (Gambar Artis) Fasha Sandha mengakui memasang kamera
litar tertutup (CCTV) di rumah bagi memantau keadaan anak sulungnya, (Gambar) Putra
Rayfal melalui telefon bimbit.
"Saya akan memantau keadaan
anak melalui telefon bimbit. Tidak
senang jika tak melihat sendiri keadaan anak di rumah. Setiap setengah jam saya
akan memeriksa keadaan anak," ujar fasha yang dipetik daripada Astro
Awani.
Dalam perkembangan sama, Fasha Sandha turut meluahkan rasa sedihnya setiap kali meninggalkan anak kesayangan terutama
ketika menjalani penggambaran.
Putra Rayfal telah selamat
dilahirkan pada 15 April lalu di Hospital Prince Court, kuala Lumpur. - MH Online
VIDEO FASHA SANDHA SEMASA MENGANDUNG PUTRA RAYFAL
Mohd Rohaizad - Bagi penulis, CCTV telah mula menjadi seperti keperluan kepada artis Malaysia dan orang kenamaan untuk menjaga harta benda dan memantau orang yang kita sayangi di rumah mahupun di pejabat. Begitulah tindakan Fasha Sandha yang memasang CCTV untuk menjaga anaknya Putra Rayfal dari jauh apabila keluar shooting. Malah kereta Fasha Sandha pernah hilang dicuri suatu ketika dahulu. Adakah Fasha Sandha turut memasang CCTV untuk memantau Jejai sama? Manalah tau kan, ada perempuan yang cuba untuk menggoda Jejai.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.