Farid Kamil & Diana Danielle Dapat Anak Lelaki | Selamat Bersalin
mohdrohaizad.com - Tahniah diucapkan kepada pasangan artis popular Malaysia, Farid Kamil dan Diana Danielle yang selamat bersalin dan memperolehi cahaya mata lelaki. Nampaknya anak lelaki sulung pasangan popular ini akan menyerikan lagi hidup mereka dengan ketawa dan tangisan di dalam rumah.
![]() |
Inilah wajah
anak Farid Kamil dan Diana Danielle. Gambar ini dimuat naik menerusi akaun
Instagram milik Farid kira-kira pukul 6.30 petang Selasa.
|
Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon (Gambar) Diana Danielle Danny
Beeson, 22 tahun, bersalin di Australia pada Selasa.
Berita
itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan
syarikat produksi Metrowealth Interational Group (MIG) kepada mStar Online pada Selasa.
“Farid
menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang
mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,”
katanya kepada mStar Online
David
berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini
tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.
Proses Bersalin Diana Danielle Berjalan Dengan Selamat & Lancar
Bayi
berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.
“Apa-apa
pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan
sihat,” katanya.
Terdahulu
Farid atau nama sebenarnya (Gambar) Farid Kamil Zahari, 32 tahun, memuat naik gambar bayi
berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram
miliknya dengan kenyataan; welcome
to the world my son (selamat
datang ke dunia anak lelaki ku).
Dalam
Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3
kilogram)
Kontroversi Diana Danielle Bersalin Awal Selepas Kahwin
Sebelum
ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup
seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kanonnya Diana Danielle telah
melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.
Bagaimanapun
gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa
bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.
Farid
dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di
Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.
Selepas
beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia
untuk melanjutkan pelajaran di negara itu. - MStar
VIDEO FARID KAMIL TERKEJUT DIMAKLUMKAN DIANA DANIELLE HAMIL
Mohd Rohaizad - Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasangan artis Farid Kami dan Diana Danielle kerana mendapat anak lelaki. Yang penting proses bersalin berjalan dengan selamat dan tiada masalah yang kritikal. Comel tak gambar anak Farid Kamil dan Diana Danielle? Agak-agak ikut muka siapa? Nampak macam iras muka Diana Danielle. Betul ke tidak?
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.