Ibu Shaheizy Sam Masuk Hospital Kerana Demam
Panas
mohdrohaizad.com mendapat berita tadi, ibu Shaheizy Sam iaitu Khaty Fauziah telah dimasukkan ke hospital disebabkan demam panas semalam. Sam beritahu ibunya dah demam beberapa hari sebelum bertukar menjadi demam panas. Namun keadaan ibu Sam dah kembali pulih setelah mendapat rawatan rapi oleh pihak hospital. Tengok gambar Shaheizy Sam dan ibunya di hospital di bawah.
Shaheizy Sam Panik Ibunya Demam Panas
"Mummy sudah demam sejak beberapa hari yang lalu. Semalam
keadaannya nampak OK, jadi saya pun bawa Mummy ke majlis perkahwinan. Tiba-tiba
badan dia panas semula.
"Bila pergi periksa, doktor nasihatkan Mummy ditahan kerana
suhu badannya terlalu tinggi. Selepas semuanya OK, barulah Mummy boleh
keluar," ujar Sam yang dihubungi sebentar tadi. - Media Hiburan
VIDEO SHAHEIZY SAM WECHAT BERSAMA LISA SURIHANI
Mohd Rohaizad - Nasib baik keadaan ibu Sam dah ok sikit dari demam panas setelah dirawat oleh pihak hospital. Penulis dan para peminat mendoakan agar kesihatan ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah beransur
pulih dan banyakkan rehat.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.