Artis Korea Kim Jin Sung (JS) Berlakon Autumn Di Hatiku | Drama Malaysia
mohdrohaizad.com - Berita baik untuk para peminat drama Melayu lakonan artis Korea iaitu drama "Autumn Di Hatiku" bakal bermula pada 3 Julai 2013 di Tonton secara online. Mungkin ramai yang teruja, bagaimana agaknya drama campuran Korea dan Malaysia? Adakah menarik seperti drama Korea yang anda lihat dan tangisi? Hehehe.. Baiklah, dibawah merupakan serba sedikit tentang Kim Jin Sung atau JS yang sukakan budaya Malaysia. Betul ke suka? Anda bacalah dibawah..
Artis Korea Dalam Drama Malaysia "Autumn Di Hatiku"
Drama bersiri ‘Autumn Di Hatiku’
yang bakal disiarkan di portal video nombor satu Malaysia, Tonton ini merupakan
drama bersiri pertama yang diterbitkan dan disiarkan secara ‘online’ oleh
Tonton. Drama bersiri ‘Autumn Di Hatiku’ dibintangi oleh Hanez Suraya, Aiman
Hakim Ridza, Anas Ridzuan, Ezzaty Abdullah dan seorang aktor kacak yang berasal
dari Korea, Kim Jin Sung atau lebih mesra dengan sapaan JS.
JS yang berasal dari Busan dan dibesarkan di Seoul ini telah 4
tahun menceburkan diri sebagai model komersil dan pelakon di negara
kelahirannya dan semenjak dua bulan yang lalu, JS telah datang ke Malaysia
untuk mendalami Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung, dia telah terlibat
untuk membintangi drama bersiri ini.
“Saya sudah empat tahun terlibat dalam bidang hiburan di sana
sebagai model iklan dan pelakon. Tetapi, penglibatan saya lebih kepada dunia
peragaan di sana. Sudah dua bulan saya di sini, tujuan saya di sini adalah
untuk belajar Bahasa Malaysia dan Inggeris di samping mencari peluang lakonan
dan peragaan. Sebelum ini di Korea, saya telah lebih dulu mendalami Bahasa
Malaysia selama setahun di Hankook University of Foreign Studies,” tutur JS yang
boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Artis Korea Belajar Pengajian Bahasa Malaysia Di Universiti
Mengulas tentang minatnya untuk
mendalami Bahasa Malaysia, JS menjelaskan yang Bahasa Malaysia adalah bahasa
yang sangat unik. “Di Korea, ada tiga universiti sahaja yang menawarkan
pengajian Bahasa Malaysia. Saya rasakan Bahasa Malaysia sangat unik dan
istimewa untuk dipelajari kerana negara Malaysia makin lama makin berkembang,”
ulas anak muda yang mempunyai ketinggian 186 sentimeter ini.
“Ini adalah kali pertama saya datang ke Malaysia. Saya suka dengan
budaya yang ada di sini. Sebelum ini saya selalu menonton animasi dan drama
Malaysia. Saya banyak belajar mengenai rakyat Malaysia daripada animasi dan
drama yang saya tonton. Saya rasakan Malaysia sangat menarik kerana Malaysia
adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya, suku kaum dan juga
agama. Saya juga gemar menonton animasi ‘Upin dan Ipin’ dan sebelum ini saya
juga pernah menonton lakonan aktor Josiah Hogan ketika saya disana,” ujar JS
yang menggemari makanan Malaysia seperti nasi lemak dan mi goreng.
Kim Jin Sung Pandai Bertutur Bahasa Malaysia
Ketika ditanya bagaimanakah dia boleh terlibat dalam produksi
drama ‘Autumn Di Hatiku’, JS mendedahkan yang kawannya telah mencadangkannya
untuk berlakon dalam drama ini. “Ketika saya mula sampai di sini, salah seorang
kawan saya telah mencadangkan saya untuk projek drama bersiri ini kerana saya
boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia.
Kawan saya yang memperkenalkan saya kepada Pengurus Projek bagi
drama ini. Saya terima tawaran ini kerana saya ingin mendapat pengalaman
berlakon di Malaysia dan ingin mempelajari Bahasa Malaysia dengan lebih
mendalam lagi,” cerita JS mengakhiri perbualan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan lakonan JS disamping
Hanez Suraya, Aiman Hakim Ridza, Anas Ridzuan dan Ezzaty Abdullah dalam drama
‘online’ pertama Tonton, ‘Autumn Di Hatiku’ yang akan disiarkan di laman web
Tonton (www.tonton.com.my) bermula 3 Julai 2013 ini! - Portal Gua
VIDEO KIM JIN SUNG KACAK LAGI CUTE DALAM DRAMA AUTUMN DI HATIKU
Mohd Rohaizad - Penulis tengok video Kim Jin Sung (JS) memang seorang yang kacak dan cute. Memang sesuai berlakon dalam drama "Autumn Di Hatiku". Penilaian awal memang agak gempak jugak la.. Tapi belum tengok belum tahu lagi kan? Nantikan komen-komen atau pengkritik tentang drama itu nanti.. Best ke tak.. Sama-sama nantikan.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.