Tahukah Anda: Kisah Abang Jem – Salih Yaacob | Orang Berbeza
Rupanya
Blog hiburan mohdrohaizad.com sebetulnya tidak tahu siapa sebenarnya Abang Jem yang sering digunakan oleh artis pelawak popular Malaysia, Salih Yaacob. Rupa-rupanya, tahukah anda watak Abang Jem memang wujud iaitu seorang pelawak veteran bernama Jamaludin Mat. Penulis ingat watak Abang Jem itu ciptaan Salih Yaacob. Adakah betul apa yang dilaporkan?
Gambar Abang Jem Sebenar Iaitu Jamaludin Mat
Pelawak veteran Jamaludin Mat atau lebih dikenali sebagai Abang
Jem tidak terkilan apabila namanya digunakan oleh pelawak terkenal Salih Yaacob
sebagai satu watak lelaki lembut dalam segmen pagi di Sinar FM.
Malah Jamaludin, 52 tahun, berkata, dia berterima kasih dengan pelawak
tersebut kerana membuka semula sumber rezekinya dalam industri hiburan setelah
lama menyepi.
"Saya tidak pernah rasa terkilan atau berkecil hati dengan (Gambar Artis) Salih Yaacob kerana menggunakan nama saya sebagai watak dalam segmennya di
Sinar FM.
"Saya tidak pernah rasa seperti ia mempermainkan nama itu
tetapi sebaliknya dia membuka sumber rezeki saya. Disebabkan itu juga saya
dipanggil untuk membuat persembahan di majlis-majlis tertentu," katanya
ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan wang ihsan artis veteran di
Restoran Warisan Pak Engku, Dataran Merdeka di sini, Rabu lalu.
Gambar Salih Yaakob atau Abang Jem
Pelawak yang terkenal sekitar 80-an ini berkata, selepas bersara
dari Badan Kesenian Tentera Darat dengan pangkat Pegawai Waran II beberapa
tahun lalu, dia mula aktif kembali dalam pelbagai acara hiburan.
"Selepas bersara saya ada menjadi guru tarian untuk
beberapa kerabat diraja dan selain itu juga saya ada undangan persembahan
pentas.
"Alhamdulillah rezeki masih ada dan tidak pernah putus,
cuma saya tidak keluar di televisyen dan media-media lain," katanya.
Kisah Nama Abang Jem - Sarapan Roti Campur Jem
Bercerita tentang nama Abang Jem, Jamaludin berkata, gelaran itu
diberikan kepadanya oleh rakan-rakan kerana dia suka memesan roti bersama jem
setiap kali bersarapan pagi.
"Semasa dalam tentera dulu sekitar tahun 1973, kawan-kawan
saya yang beri nama ini kerana mereka kata saya suka makan jem bila bersarapan.
Tidak sangka pula ia kekal sehingga hari ini," ujarnya.
Jamaludin sebelum ini juga pernah terlibat dalam
rancangan kanak-kanak untuk siaran RTM iaitu ALONG, D dan Do serta Joe Jambul. - MStar Online
VIDEO ABANG JEM SENAMAN PAGI - SALIH YAACOB
Mohd Rohaizad baru mendapati yang watak Abang Jem yang sering dimainkan oleh Salih Yaacob sebenarnya merujuk kepada watak pelawak vateran Malaysia iaitu Jamaludin Mat. Tentu anda sering mendengar di radio atau rancangan Salih Yaacob tentang watak popular Abang Jem kan? Cuma penulis tidak dapat kepastian sama ada Salih Yaacob mengakui laporan berita hiburan ini betul atau tidak.
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.