Luahan Hati Yuna – Saya Kesunyian di Los Angeles, Amerika Syarikat
mohdrohaizad.com - Lama kita tidak dengar kisah artis sensasi Yuna, terkini Yuna kesunyian di Los Angelas, Amerika Syarikat. Begitulah pergorbanan Yuna kepada para peminatnya demi industri hiburan Malaysia untuk ke peringkat antarabangsa. Dibawah merupakan petikan luahan hati Yuna kepada para peminatnya di MyMetro.
Assalamualaikum dan salam
sejahtera! Sebelum saya memulakan coretan, saya ingin mohon maaf kepada peminat
dan pembaca setia Harian Metro yang mengikuti perkembangan saya di sini
sekiranya kebelakangan ini artikel saya agak singkat.
Sebenarnya, saya terlalu
sibuk hingga tidak sempat mencari ruang untuk menulis. Namun, atas dasar
tanggungjawab saya berusaha mencuri waktu dan gagahkan juga agar ruangan saya
ini sentiasa terisi.
Minggu ini saya ingin
berkongsi sedikit pengalaman sepanjang menjalani rakaman album kedua saya di
Los Angeles, Amerika Syarikat.
Proses rakaman album
bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi saya, perlu ada satu tahap dedikasi dan
disiplin untuk menghasilkan sebuah album yang bagus.
Bagi saya, sebuah album
yang bagus perlu ada tema dan jalan cerita. Kadang-kadang susah untuk saya
tetapkan sesebuah tema kerana saya banyak menggunakan khidmat produser berbeza
dan mereka mempunyai idea yang berbeza.
Alhamdulillah, saya
berjaya menulis dan mengumpul 25 buah lagu dan selepas ini kami harus pilih 12
lagu untuk dimuatkan dalam album ini.
Minggu ini adalah minggu
terakhir saya untuk ‘submit’ semua lagu-lagu yang sudah ditulis, kemudian
rakamkan bersama produser, dan kini, tanggungjawab produser pula untuk ‘mixing’
dan habiskan ‘instrumentation’ yang diperlukan.
Perasaan menyiapkan segala
proses rakaman dari mula sampai tamat, sama seperti ketika saya perlu
menyiapkan tesis di universiti dulu. Semuanya perlu sempurna sebelum dihantar
untuk pastikan pensyarah memberi markah yang bagus.
Saya mengaku agak tertekan
untuk menyiapkan album kedua ini. Berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan
membuatkan saya sunyi dan sedih. Selain itu, ada pula yang mengkritik perjuangan
muzik saya ke luar negara.
Ada saja yang tidak kena,
tetapi saya biarkan saja. Kadang kadang saya rasa mahu ‘give up’ dan pulang ke
Malaysia. Tetapi saya tidak mahu berhenti kerana ia merugikan saya. Jadi,
perasaan sedih itu saya jadikan ia sebagai kekuatan.
Apabila perasaan itu
datang, saya akan mula menulis puisi. Ia kerap berlaku sebenarnya sejak saya
bersekolah lagi. Apabila tidak boleh tidur, saya akan tulis diari, buku ataupun
puisi.
Ada artis yang tidak
sukakan sesi menulis lagu. Mereka mahu ‘skip’ bahagian itu dan hanya mahukan
sesebuah lagu itu sudah tersedia segala-galanya dan mereka perlu nyanyikannya
saja.
Saya tidak suka begitu.
Jadi, saya akan hadir ke setiap sesi biarpun jauh dari downtown ke Topanga
Canyon (perjalanan yang memakan masa sejam). Ini kerana saya mahu terbabit sama
dalam pembikinan lagu-lagu saya.
Lirik harus ada ‘jiwa’
saya. Melodi juga harus ada ‘nyanyian’ saya. Bila orang lain yang menentukan
melodi dan lirik, album itu tidak akan jadi sesuatu yang personal lagi.
‘It wont be special’. Bila
produser tanya saya “Do you have lyrics to the song?” Saya akan jawab “Yes, I
wrote this last night because I couldn’t sleep”.
Alhamdulillah, semalam
saya sudah hantar lagu terakhir saya kepada syarikat rakaman Verve Records.
Dengan harapan mereka akan suka dengan kerja saya.
Berkarya dan menghasilkan
lagu sendiri adalah sebuah terapi bagi saya. Bila saya dapat menyelesaikan
kerja saya tepat pada waktunya dan saya dapat melakukan yang terbaik, saya akan
rasa puas hati.
Album kedua ini, adalah
sebuah projek yang sangat sangat menggembirakan saya. Insya Allah, ia juga akan
menggembirakan semua peminat saya, tidak kira mereka dari mana.
Saya masih lagi memikirkan
nama bagi album saya. Mungkin ‘Nocturnal’ kerana saya sering tulis lagu ketika
tidak boleh tidur? Haha! Insya Allah. Kita tunggu saja dan lihat!
Terima kasih dan
Assalamualaikum.
VIDEO YUNA - THINKIN BOUT
YOU (LIVE AT THE GREAT AMERICAN MUSIC HALL)
Mohd Rohaizad tahu Yuna memang kesunyian di sana, demi album terbaru Yuna berkorban ke Los Angelas. Diharap pengorbanan Yuna ini berbaloi untuk kepuasan Yuna, para peminat dan industri hiburan Malaysia. Walaupun sudah putus cinta dengan Qi Razali, Yuna bila-bila masa boleh mencari bakal suami yang terbaik dan sesuai dengan jiwa. All the best Yuna!
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.