Majlis
Perkahwinan Amir Jahari & Amni Dirancang Oktober 2013
Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah awal-awal kepada Amir Jahari dan Cik Amni yang akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada Oktober 2013 nanti. Amir Jahari dan Amni sudah bertunang 3 tahun jika anda hendak tahu, pada umur 18 tahun ya. Walaupun usia Amir Jahari masih muda iaitu 21 tahun tetapi kalau dah jodoh tidak kiralah berapa usia pun kan. Semoga bakal pasangan pengantin Amir Jahari dan Cik Amni dapat menempuh alam perkahwinan dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Dibawah merupakan petikan sumber dari mediahiburan.karangkraf.com.
Amir Jahari Berkahwin Dengan Amni, Oktober Ini
Pelantun lagu 'Tanpamu', Amir
Jahari telah memilih bulan Oktober bagi menamatkan zaman bujang bersama wanita
pilihan hatinya, Cik Amni yang juga tunangannya selama tiga tahun.
Perkahwinan kami akan diadakan
secara tertutup di Sarawak dan hanya dihadiri oleh sahabat, saudara serta
keluarga terdekat sahaja.
Amir Jahari Bersedia Berkahwin Walaupun Usia 21 Tahun
"Saya sudah bersedia untuk
mendirikan rumahtangga walaupun baru berusia 21 tahun. Saya berasa begitu
bertuah kerana mempunyai tunang yang berfikiran terbuka dan matang memandangkan
usianya yang 5 tahun lebih tua dari saya,” kata Amir
Menyentuh mengenai karier seninya,
Amir kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya yang berjudul 'Gelisah'.
Selain itu, Amir juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama sempena
Ramadan untuk TV3 yang berjudul, OMG (Ohsem Music Gruop).
VIDEO TANPAMU - AMIR JAHARI
Mohd Rohaizad - Tahniah sekali lagi kepada bakal pengantin baru, Amir Jahari dan Amni. Tentu mereka sedang sibuk untuk merancang untuk membuat majlis pernikahan yang terbaik untuk kenangan mereka bersama sebagai raja sehari. All the best Amir Jahari. Anda berminat untuk mengikuti perkembangan Amir Jahari? Boleh klik link blognya iaitu: amirjahari.blogspot.com
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.