Nabila Huda Suka Gaya Hidup Bebas? Jika Kahwin Akan Terkongkong? Jangan Buat Aksi Terlampau Sudah!
Blog hiburan mohdrohaizad.com - Tidak dinafikan artis Malaysia yang bermasalah dan popular iaitu Nabila Huda anak Amy Search ini suka gaya hidup yang bebas. Jika bercakap soal kahwin, Nabila Huda sudah seperti serik atau tidak mahu hidup dalam terkongkong suami? Ex-Suami Nabila Huda sudah cuba untuk mendidiknya sebaik mungkin, tapi tengoklah gambar-gambar terkini Nabila Huda yang masih gemar bersama lelaki-lelaki dan berparti. Nabila Huda juga popular dengan isu sensasi skandal ciumnya semasa kahwin.
Nabila Huda Hanya Mahu Kawan
Pelakon Nabila Huda mengakui lebih gembira menjalani kehidupan
secara bersendiri berbanding jika mempunyai kekasih.
Nabila atau nama sebenarnya (Gambar) Nabila Huda Suhaimi, 29 tahun, berkata dia
lebih selesa menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki atas dasar persahabatan
daripada melibatkan hati dan perasaan.
"Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa
ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja.
"Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan
cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan,"
katanya ketika ditemui pada tayangan akhir drama Teduhan Kasih, di Rasta, Taman
Tun Dr Ismail di sini, malam Selasa.
Percintaan Nabila Huda & Nas T
Nabila berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
hubungan cintanya yang baharu sahaja putus dengan pelakon Nas T atau nama
sebenar Muammar Zar Nasruddin awal bulan lalu.
Tambah Nabila Huda, dia lebih bahagia menjalani hubungan sebagai
teman baik berbanding menjadi kekasih kepada pelakon lelaki tersebut.
"Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang
menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya.
"Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat
pelik dan saya tidak boleh berkelakuan 'gila-gila' seperti waktu kami berkawan.
"Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan,
saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk
kembali menjadi kawan semula," katanya.
Terkini Artis Sensasi Nabila Huda Seksi Dalam Cover Glam Lelaki
Sementara itu, Nabila Huda yang sering dihimpit pelbagai kontroversi
mengakui kejayaan drama-drama lakonannya sedikit sebanyak menutup kisah
peribadi yang sering dikatakan bermasalah.
"Alhamdulillah saya sudah buktikan kepada masyarakat bahawa
saya berada dalam industri ini bukan kerana hanya dikenali dengan masalah
peribadi sahaja.
"Saya buktikan pada mereka dan keluarga saya bahawa saya
benar-benar ada bakat dan untuk sampai ke tahap ini bukan sesuatu yang
mudah," katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang reaksi bapanya penyanyi
terkenal Amy (Search) terhadap kontroversi yang sering melandanya, Nabila
berkata mereka sering berbincang tentang perkara tertentu apabila bertemu.
"Setiap bulan kami sekeluarga ada perjumpaan dan di situlah
kami berbincang tentang banyak perkara tapi kebiasaannya papa tidak banyak tahu
tentang saya.
"Saya lebih suka simpan sahaja sendiri apa-apa masalah atau
apa juga yang saya lalui kecuali ia betul- betul perlu dikongsi," katanya. - MStar
VIDEO NABILA HUDA TERLAMPAU BANGUN TIDUR
Mohd Rohaizad memang tidak terkejut lagi jika Amy Search kena serangan sakit jantung. Nabila Huda memang suka gaya hidup yang bebas. Dengan gambar-gambar Nabila Huda yang suka parti liar dan tukar kekasih sesuka hatinya. Agak-agak siapa yang dapat mendidik si Nabila Huda ini? Lepas ini Nabila Huda nak buat apa pulak untuk mengemparkan industri hiburan Malaysia. Jangan keluar video lucah Nabila Huda sudahlah.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.