Terkini Artis Noniswara Baharuddin Sah Bercerai Taklik Dengan Datuk Rosman Ridzwan!
Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan artis Noniswara Baharuddin kembali menjanda setelah sah bercerai taklik dengan Datuk Rosman Ridzwan! Masalah apa yang melanda keluarga mereka berdua ini? Tidak dipastikan lagi, namun permohonan cerai taklik Noniswara sudah lama dibuat dekat mahkamah syariah.
Noniswara Baharuddin Failkan Permohonan Cerai Taklik
Artis dramatis terkenal, (Gambar) Noniswara Baharuddin akhirnya sah bercerai secara taklik dengan ahli korporat, Datuk Rosman Ridzwan selepas diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi.
Sebelum ini, Nonis telah memfailkan permohonan cerai taklik pada 9 Mei lalu berikutan usaha untuk menyerahkan saman permohonan cerai secara baik kepada suaminya gagal.
Noniswara Baharuddin Kembali Menjanda
"Alhamdulillah saya bersyukur kerana akhirnya semua sudah selesai. Saya berasa lega kerana selepas beberapa bulan saya berdepan dengan masalah ini. Saya mengalirkan air mata ketika keputusan dibuat tadi. Tapi apapun, selepas ini saya tetap akan meneruskan kehidupan baru saya dan anak-anak saya," ujar Noniswara yang dipetik daripada Malaysia Digest.
Pasangan Noniswara dan Datuk Rosman itu bernikah pada 31 Julai 2009 dan majlis resepsi perkahwinan diadakan sehari selepas itu di Hotel Berjaya Times Square. - MH Online.
VIDEO KOLEKSI GAMBAR NONISWARA BAHARUDDIN - DATUK ROSMAN RIDZWAN
Mohd Rohaizad - Nampaknya artis dramatis Malaysia Noniswara Baharuddin memang cukup terkenal dengan imej janda. Terkini Noniswara membuat permohonan cerai taklik terhadap Datuk Rosman Ridzwan kerana mengabaikannya? Atau Datuk Rosman mempunyai perempuan lain?
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.