Majlis Pernikahan Anak Ibnor Riza Iaitu Putri Norizah & Kino Takamura
Tahniah mohdrohaizad.com kepada pasangan pengantin baru iaitu Putri Norizah dan Kino Takamura. Nampaknya Ibnor Riza dapat menantu orang Jepun. Cuba tengok gambar-gambar majlis perkahwinan mereka, cantik tak? Penulis mendapat sumber daripada Media Hiburan - Karangkraf, boleh dibaca info secara ringkas dibawah.
Ibnor Riza Dapat Menantu Orang Jepun - Kino Takamura
Anak perempuan kepada penyanyi popular 80-an, Ibnor Riza, Putri
Norizah telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya,
Kino Takamura.
Memetik laporan dari laman forum Cari, Putri Norizah merupakan
seorang penyanyi yang terkenal di Brunei dan kini sedang berusaha mengembangkan
bakatnya di Malaysia. Terbaru, dia dikatakan turut menyertai uji bakat Akademi
Fantasia 2013.
Sebelum ini, Putri dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta
dengan pelantun lagu 'Jangan Ganggu Pacarku', Aliff Aziz.
Tahniah MH Online ucapkan kepada pasangan ini, semoga ikatan yang
dibina kekal hingga ke akhir hayat.
GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN
ANAK IBNOR RIZA IAITU PUTRI NORIZAH - KINO TAKAMURA
VIDEO MUZIK PUTRI NORIZAH - HI SAYANG!
Mohd Rohaizad - Penulis mengucapkan tahniah sekali lagi kepada pasangan baru berkahwin, Putri Norizah dan Kino Takamura. Semoga perkahwinan anda berdua bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Anda dah tengok video muzik Putri Norizah di youtube channel? Best ke tak? Putri Norizah memang berbakat, adakah populariti di Malaysia sedang menanti setelah berjaya di Brunei?
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.