Syarif Sleeq & Malaque Mahdaly Berkahwin Tahun Depan, 2014
Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah buat Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly yang bakal berkahwin pada tahun depan, 2014. Syarif Sleeq juga bakal menetap di Malaysia kerana sibuk dan terlibat dalam bidang lakonan. Malah Syarif Sleeq juga sudah berguru dengan Aaron Aziz. Cayalah Syarif Sleeq!
Gambar Foto Majlis Pertunangan Syarif Sleeq & Malaque Mahdaly
Sementara itu, Syarif turut berkongsi berita gembira bakal menamatkan zaman bujangnya, tahun depan.
Syarif Sleeq telah mengikat tali pertunangan dengan peserta Singapore Idol musim ketiga, Malaque Mahdaly, hujung tahun 2011.
“Insya-ALLAH tahun depan (berkahwin). Kami sudah mengikat tali pertunangan hampir dua tahun,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Sahabat, semalam.
Malaque Mahdaly Berasal Indonesia - Menetap Di Singapura
Menurut Syarif Sleeq, Malaque merupakan gadis berasal dari Indonesia yang sudah menetap di Singapura.
Penyanyi berusia 24 tahun ini akui mengenali gadis berdarah keterunan Melayu Aceh itu melalui program Singapore Idol pada tahun 2009.
“Kami berkenalan ketika dia menyertai Singapore Idol dan Insya-ALLAH bila dah kahwin nanti, saya akan bawa isteri ke sini,” katanya.
VIDEO KUMPULAN SLEEQ KENA SAKAT - PRANK
Mohd Rohaizad dan para peminat mengucapkan tahniah kepada Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly yang merancangan untuk berkahwin pada tahun hadapan 2014. Syarif Sleeq akan menetap di Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri kerana akan melibatkan diri dalam bidang lakonan seperti abang Aaron Aziz. Nampaknya majlis perkahwinan Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly akan bertempat di Malaysia dan Indonesia ya nanti? Semoga berjaya buat Syarif Sleeq dan selamat datang ke dunia hiburan Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.