Betul Ke Tasha Shila Sudah Berkahwin? Dengan VIP?
Blog Hiburan Mohdrohaizad.com membaca gosip artis terkini iaitu selebriti sensasi Malaysia, siapa lagi kalau bukan Tasha Shila yang namanya semakin meningkat naik sebaris dengan artis popular yang lain. Betul ke Tasha Shila sudah berkahwin? Malah dikatakan bernikah secara rahsia? Dimana ya? Begitulah persoalan yang bermain difikiran para peminatnya. Apa kata Tasha Shila?
Tasha Shila Hot Cantik & Liar
Tahun lalu merupakan tahun sukar
buat artis Malaysia yang cantik ini apabila namanya sering dikaitkan dengan pelbagai kisah
kontroversi yang kurang enak.
Bukan sahaja dituduh sebagai
artis liar yang gemar berparti sana-sini, malah pelakon cantik, (Gambar Artis) Tasha Shila,
juga dikaitkan dengan kisah cinta bersama golongan VIP.
Di lembaran 2013, nama Tasha atau
nama sebenarnya, (Gambar) Natasha Sheila Abd Razak, 26 tahun, dilihat mula reda dengan
kisah-kisah kontroversi.
Tasha Shila & Mahali Jasuli Hangat Bercinta?
Hanya kisah cintanya bersama
pemain sayap pertahanan kanan Malaysia dan juga Selangor, Mahali Jasuli yang
menjadi perhatian umum.
Namun, enggan bercerita panjang
mengenai kisah cintanya, Tasha Shila hanya mengakui dia dan Mahali sedang mengenali
hati budi dan masih berkawan seperti biasa.
Tidak terhenti di situ, kini nama
Tasha sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi baru apabila dia dikatakan telah
berkahwin, namun jejaka itu bukanlah Mahali ataupun Datuk J.
Ketika diajukan soalan mengenai
perkara itu, Tasha hanya mampu tergelak kecil dan terus memberi penjelasan
sebenar.
Gosip Hangat Tasha Shila Sudah Berkahwin Secara Rahsia
"Kahwin? Dengan siapa pula
saya berkahwin ni? Bila majlis itu? Inilah gosip pertama saya mengenai
perkahwinan.
"Saya sendiri tak tahu siapa
yang menyebarkan berita ini dan apa motif sebenarnya. Kalau betul saya kahwin,
kenapa saya merahsiakan perkara ini? Bukankah ia perkara baik yang perlu
dikongsi bersama.
"Lagi satu, siapakah
gerangan lelaki itu? Saya pun nak tahu," katanya dengan nada bergurau.
Tasha Shila Tidak Peduli Tentang Kontroversi
Enggan ambil pusing mengenai
kontroversi yang bertebaran, Tasha Shila lebih selesa mengabaikan perkara itu.
Menganggap dengan cara itu sahaja
boleh menyelamatkan keadaan, Tasha berkata, sebagai selebriti, dia tidak boleh
mengambil jalan singkat untuk bertindak.
"Lumrah sebagai selebriti,
memang segala tindakan kita akan jadi perhatian. Malah, jika perkara itu tidak
benar sekalipun, saya hanya memekakkan telinga dan butakan mata.
"Biarlah apa orang nak kata,
yang penting kita tak lakukan perkara itu. Lama-kelamaan, orang bosan juga nak
bercerita lagi.
"Lagipun, saya tak pernah
ambil tahu gosip-gosip sebegitu. Setahu saya, saya tak pernah bercakap mengenai
perkahwinan," kata pelakon drama Bidadari Syurga ini.
Menganggap pengalaman lalu banyak
mengajarnya erti kehidupan sebagai selebriti, Tasha lebih berhati-hati dalam
setiap perkara.
Katanya, bukan sahaja dari soal
kehidupan peribadi, malah apa sahaja yang boleh menjejaskan kariernya perlu
dihindari.
"Buat masa ini, saya malas
nak fikir soal cinta ataupun pasangan hidup. Keutamaan saya adalah untuk
bekerja dan cari duit.
"Saya lebih selesa untuk
fokus dalam kerjaya yang menjadi punca pendapatan. Walaupun saya kurang
menyerlah, namun rezeki dalam industri masih ada.
"Bukan apa, kalau terlalu
mendapat publisiti mengenai soal peribadi juga tidak elok. lebih baik orang
bercerita pasal saya mengenai hasil kerja," kata Tasha Shila yang sedang menjalani
penggambaran drama sempena Hari Raya Aidilfitri, Lebaran Kasih untuk tayangan
TV3.
Katanya, pada bulan puasa nanti,
dia tidak berkesempatan untuk berehat panjang kerana masih terikat dengan
penggambaran dan rakaman raya. - Sinar Harian
VIDEO TASHA SHILA BERKONGSI TIPS KECANTIKAN
Mohd Rohaizad - Penulis berharap Tasha Shila akan berjumpa dengan lelaki yang terbaik buatnya. Dah sampai masa nanti, Tasha Shila akan membuat pengumuman tentang majlis perkahwinannya yang grand! Mana main kan kahwin secara rahsia, sekurang-kurangnya tajaan kahwin Tasha Shila mestilah jutaan ringgit!
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.