Zed Zaidi Gila Kuasa? Isu Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN)
Blog Hiburan mohdrohaizad.com masih tidak faham dengan kemelut yang dihadapi oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Persatuan artis Malaysia ini sering diserang dengan pelbagai masalah yang dibuat oleh ahli-ahli SENIMAN sendiri. Isu terkini mengenai AGM SENIMAN telah ditangguhkan oleh mahkamah apabila permohonan 5 artis veteran Malaysia diketuai Abu Bakar Omar telah dipersetujui. Adakah Zed Zaidi gila kuasa? Adakah Zed Zaidi tidak layak menjawat jawatan tertinggi dalam SENIMAN sehingga mengabaikan artis veteran?
Kontroversi Artis Malaysia - Ahli Seniman Boikot?
Ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dijangka akan
memboikot satu majlis perjumpaan dan sidang media yang akan diaturkan oleh
artis veteran Abu Bakar Omar dan empat yang lain pada Ahad ini.
Presidennya, Zed Zaidi atau nama sebenarnya (Gambar Artis) Rozaidi Abdul Jamil,
33 tahun, berkata langkah itu bertujuan untuk mengelakkan ahli –ahli persatuan itu
terpengaruh dengan agenda tidak baik kumpulan veteran tersebut.
"Saya dan ahli-ahli Seniman ada mendapat jemputan melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS) dan dari mulut ke mulut semalam (Rabu) mengenai
majlis itu.
"Bagaimanapun, saya sudah maklumkan kepada semua ahli agar
tidak datang pada perjumpaan itu kerana ia bukan atas urusan persatuan,
sebaliknya diaturkan atas kehendak peribadi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
AGM SENIMAN Ditangguh Arahan Mahkamah
Zed Zaidi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat lima
orang artis veteran iaitu (Gambar Artis Veteran) Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmad Zaudi Mior
Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang untuk menganjurkan satu perjumpaan
di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Ahad ini.
Pertemuan itu juga dikatakan untuk menamatkan kemelut kumpulan
veteran itu dengan persatuan berkenaan selepas kelima-lima mereka berjaya
mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Tahunan Seniman
yang ke 15 diadakan pada 1 Jun lalu.
Dalam Zed berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada
Finas agar tidak membenarkan perjumpaan tersebut atas alasan ia adalah
permohonan yang dilakukan secara individu dan bukan atas kapasiti persatuan.
"Pagi tadi (Khamis) saya sudah hantar surat kepada Finas
agar tidak membenarkan sebarang perjumpaan yang menggunakan nama Seniman.
"Mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk
menyelesaikan masalah ini kerana bagi saya ia adalah masalah dalaman persatuan
dan mereka perlu bertemu dengan persatuan secara peribadi, bukannya mengadakan
perjumpaan beramai-ramai serta melakukan sidang media," katanya.
Perebutan Jawatan Dalam SENIMAN?
Tambah Zed, sebelum ini pihaknya sudah beberapa kali cuba
memanggil kumpulan veteran tersebut bagi menyelesaikan kemelut ini namun tidak
dilayan.
"Saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang lima artis
veteran ini inginkan. Jika mereka mahu membuat pemilihan semula dan calonkan
diri sendiri untuk memegang jawatan saya tidak ada masalah tapi mereka pula
tidak mahu. Saya tidak faham apa yang cuba diperjuangkan," katanya.
Zed berkata, dia percaya kumpulan veteran tersebut mempunyai
motif tertentu dan telah menjadikan Seniman sebagai misi mereka.
Katanya lagi, jika perkara ini berterusan, dia tidak
teragak-agak untuk membuat laporan polis demi melindungi kepentingan persatuan
tersebut. - MStar Online
VIDEO ISU KONTROVERSI SENIMAN - SKANDAL KEWANGAN & HARUN SALIM BACHIK LETAK JAWATAN
Mohd Rohaizad berharap kemelut yang dihadapi oleh Persatuan Seniman Malaysia diselesaikan dengan baik dan segera. Pelbagai isu atau khabar angin telah timbul apabila perebutan jawatan berlaku di antara artis Malaysia di dalam Persatuan SENIMAN. Lebih teruk dikatakan Zed Zaidi gila kuasa, artis veteran lebih layak memimpin SENIMAN dan banyak lagi. Sudahlah berpuak-puak dalam industri hiburan, sepatutnya semua artis Malaysia bergabung atau bersatu dang saling tolong-menolong antara satu sama lain. Bila agaknya persatuan tunggal akan diwujudkan untuk membela orang industri hiburan Malaysia?
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.