Zizan Razak & Emma Maembong Bercinta? Betul Ke? Tetapi Dinafikan
mohdrohaizad.com - Siapakah gadis di dalam hati Zizan Razak? Betul ke Emma Maembong dan Zizan Razak bercinta? Terkini artis pelawak terbaik Malaysia Zizan Razak menafikan di laman berita MStar. Adakah Zizan Razak masih single atau cuba untuk menyembunyikan siapakah calon isterinya? Tentu ramai para peminat bertanya-tanya, bila majlis pernikahan Zizan Razak akan berlangsung.
Zizan Razak - Emma Maembong Tidak Bercinta
Pelawak Zizan Razak menganggap berita percintaannya dengan (Gambar) Emma
Maembong selepas dia bertindak menghantar salinan (tagged) gambarnya di laman
Instagram kepada pelakon itu tidak disalahertikan selain menganggap ia sengaja
diperbesar-besarkan.
Zizan atau nama sebenarnya (Gambar) Razizan Razak, 29 tahun, berkata, tindakan
itu tidak mempunyai sebarang maksud sebaliknya dia berbuat demikian kerana Emma
pernah memberitahunya dia sukakan keindahan kota Paris.
"Saya tagged kepada dia gambar-gambar saya di Paris
kerana dia pernah memberitahu sukakan Paris dan bukannya saya mempunyai dengan
niat lain ataupun kami sedang bercinta.
"Orang cuma memperbesar-besarkan perkara itu yang
sebenarnya hanya perkara kecil," katanya ketika ditemui selepas rakaman
program Kecoh Pengacara Beraya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral
pada malam Isnin.
Gosip Percintaan Emma Maembong
Zizan diminta mengulas gosip percintaannya dengan Emma Maembomg
selepas dia bertindak menghantar salinan gambar-gambarnya ketika berada di kota
Paris, Perancis pada 21 hingga 27 Jun lalu.
Tambah Zizan, sebelum ini juga dia banyak menghantar
gambar-gambarnya di laman tersebut kepada artis wanita lain namun ia tidak
pernah dijadikan isu.
Dalam perkembangan sama, Zizan turut menafikan dia bimbang
popularitinya sebagai pelawak popular akan terjejas sekiranya dia mendedahkan
hubungan cintanya dengan Emma.
Zizan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa dan
dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk menafikan kepada umum sekiranya benar
mereka bercinta.
Zizan Razak Takut Hilang Populariti Jika Bercinta?
"Soal takut hilang populariti itu bukan soalnya kerana
kerjaya dan peribadi adalah perkara berbeza. Malah ramai artis lain yang
bercinta dan berkeluarga berjaya dan masih diminati peminat.
"Cuma hubungan kami memang sekadar kawan buat masa ini. Pun
begitu saya tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi pada masa
hadapan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zizan Razak berkata, dia baru
sahaja dilantik sebagai duta produk Sony selama setahun selain akan terlibat
dalam beberapa program rakaman untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos
depan. - MStar
VIDEO EMMA MAEMBONG YANG COMEL BUAT ZIZAN RAZAK
Mohd Rohaizad - Zizan Razak telah menafikan dia bercinta dengan Emma Maembong. Tindakannya di laman Instagram jangan disalahertikan oleh para peminat. Mentang-mentanglah Emma Maembong so cute, Zizan saja-saja send ya? Oklah, nak buat macam mana Zizan? Dah lama para peminat tunggu bila Zizan Razak nak kahwin. Si Johan relax jer bersama isteri. Hah! Apa-apapun, kami para peminat doakan Zizan Razak bertemu jodoh yang terbaik ya. Jadi menantu Ustaz Azhar Idrus pun ok jugak Zizan. Mau tak?
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.