VIRAL CICAK JADI MAKANAN MANUSIA DI VIETNAM

Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. 

Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam.

Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.


Viral di media sosial negara Vietnam, cicak dijadikan santapan makanan warganya. Bahkan dijual secara meluas. Pelbagai resepi cicak iaitu secara goreng, bakar, dikeringkan dan sebagainya untuk tujuan jualan.


Negara Malaysia pun banyak cicak, harap ada yang ternak dan eksport ke negara Vietnam. Untung besar dan mungkin ada yang menjadi kaya nanti. 😅