KRONOLOGI KRONOLOGI ANEH MENAKUTKAN PENULIS
Korang masih ingat sebelum ini sistem komputer di KLIA down dan berpuluh ribu warga China dikatakan telah memasuki negara ini. Saya yakin mereka yang memasuki negara ketika itu masih ada didalam negara ketika ini.
Bermula dari awal sistem komputer down di KLIA dan seminggu lamanya masa berjalan kita gagal mendengar sebarang kenyataan kerajaan berhubung puncanya dan tiada sebaris komen pun dari menteri berhubung perkara ini hinggalah kes kerosakan sistem komputer berjaya diperbaiki
Hingga kehari ini bagaimana berlakunya kerosakan pada sistem komputer disebuah lapangan terbang secanggih KLIA masih menjadi tandatanya.
Beberapa persoalan oleh penulis kekal menjadi tandatanya.
1. Dibahagian manakah berlakunya kerosakan pada sistem komputer di KLIA ?
2. Seminggu merupakan satu jangka masa yang terlalu lama bagi sebuah Lapangan Terbang antarabangsa secanggih KLIA. Adakah Malaysia tiada kemahiran menghadapi apa saja kemungkinan dalam bidang berkenaan?
3. Adalah tidak masuk akal sebuah Lapangan Terbang baru secanggih KLIA berlaku kerosakan sedemikian pada sistem komputernya tanpa ada sistem backup bagi sebuah Lapangan Terbang secangih KLIA dan seminggu masa diambil bagi memperbaikinya satu masa cukup lama?
4. Berapakah kos memperbaiki segala kerosakan berkenaan .
5. Team jurutera dari manakah yang diberi peranan memulihkan kerosakan pada sistem yang ada?
5 Siapakah yang menanggung kos pembaikan Kerajaan atau DCA?
Jangka masa seminggu kerosakan pada sistem komputer di KLIA barulah berjaya diperbaiki merupakan satu jangka masa tidak masuk akal malah satu kedaan agak aneh dan melucukan
Rakyat perlu tahu segala galanya dan langkah kerajaan menyembunyikan apa saja yang berlaku menimbulkan lebih banyak persoalan berhubung apa sebenarnya yang berlaku disebalik kejadian ini?.
Kegagalan Malaysia memperbaiki kerosakan di KLIA dalam waktu yang tidak lama telah menyerlahkan kegagalan berhubung kesiapsiagaan Malaysia menghadapi sebarang kemungkinan disebuah lapangan Terbang secanggih KLIA.
Agak pelik,
Kes sebesar ini berlaku dipintu masuk utama negara disebuah Lapangan Terbang secanggih KLIA tanpa sepatah komen pun dari kerajaan untuk menjelaskan keadaan
Rakyat negara ini mendapat berita berhubung kekecohan yang berlaku apabila sebahagian penguna di KLIA menulis di Fb masing masing berhubung kejadian yang bsrlaku ketika itu dan sebahagiannya menzahirkan rasa pelik melihat terlalu ramai warga China cuba memasuki negara ini ketika kejadian
Status dari fb netizenlah punca ramai rakyat Malaysia mendapat sedikit sebanyak maklumat berhubung kejadian ini.
Manakala media arus Perdana tidak berminat
menyiarkan secara ekslusif berhubung perkara ini kecuali selepas heboh dikalangan rakyat Malaysia barulah berita berita kecil mula keluar diakhbar akhbar arus Perdana tetapi kebanyakan akhbar dan tv tidak mengulas kebanjiran warga Cina di KLIA yang cuba memasuki negara ini
Sebelum itu telah timbul desas desus mengatakan kedutaan Malaysia di China dijadikan pusat memproses IC untuk dijual atau diberi kepada mana mana pehak yang difikirkan wajar
Samada dakwaan ini benar atau pun tidak penulis tidak pasti dan kerajaan yang ada perlulah menyiasat secara lebih menyeluruh
Memandangkan rasa syak yang sangat kuat pada diri penulis, penulis mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu taskforce bagi menyiasat sebarang aktiviti pemalsuan kad Pengenalan dinegara ini.
Taskforce ini perlu diberi kelonggaran untuk menyiasat siapa saja yang disyaki terlibat. Kewujudan Taskforce ini tiada hadnya dan ia berperanan untuk mengawasi sampai bila bila.
Sebelum itu negara telah dikejutkan dengan penangkapan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara di Pulau Pinang. Timbalan Pengarah JPN Pulau Pinang telah ditahan kerana terlibat dengan sendiket pemalsuan kad Pengenalan Malaysia. Jelas kes ini bukan kes kecil anak tetapi melibatkan pegawai atasan kerajaan.
Saya yakin sistem down di KLIA telah sengaja dirancang oleh pehak pehak tertentu bagi membenarkan sesetengah pehak memasuki negara tanpa dapat dikesan jumlahnya.
dan saya yakin warga China yang memasuki negara ketika sistem komputer di KLIA down ketika ini masih ada didalam negara.
Amat peliknya bagi penulis apaibila sistem di KLIA yang merupakan salah satu pintu masuk terpenting negara telah mengalami kerosakan tanpa ada sistem backup oleh jurutera yang membina KLIA sebelum ini dan lebih aneh seminggu masa diperlukan untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku.
Samada engaja kerosakan pada sistem komputer di KLIA adalah kerana perbuatan sabotaj merupakan satu tanda tanya kerajaan tidak sepatutnya berahsia dengan rakyat berhubung kejadian ini.
Sebarang cubaan kerajaan merahsiakan kejadian seperti ini akan mengundang banyak persoalan negatif berhubung puncanya
Sebelum ini terdapat desas desus mengatakan Kedutaan Malaysia di China telah dijadikan pusat operasi pemalsuan kad Pengenalan. Samada desas desus tersebut samada benar atau pun khabar angin Semata mata kerajaan perlu telus kerana terdapat banyak kebetulan demi kebetulan berhubung perkara ini
. Mungkinkah kemasukan puluhan ribu warga China ketika sistem di KLIA down itu telah dibekalkan dengan kad Pengenalan sah dan kini mereka sah menjadi rakyat Malaysia waktu ini?
Kebimbangan penulis memang ada asasnya kerana sebelum ini Jabatan Imegresen telah berjaya menahan seorang rakyat China yang memiliki kad Pengenalan sah Malaysia dan memohon untuk mendapatkan Passport antarabangsa Malaysia pula
Tindakan cekap kakitangan Imigresen yang menguruskan permohonan tersebut yang mencurigai status kerakyatan pemohon telah menghubungi PDRM dan melaporkan kecurigaan beliau berhubung status kerakyatan pemohon passport berkenaan apabila pemohon kerana pemohon gagal bercakap sepatah perkataan pun dalam Bahasa Melayu.
Soal siasat oleh PDRM mengesahkan individu tersebut warganegara China dan telah membeli Kad Pengenalan Malaysia dengan harga cukup mahal
Diharap PDRM tidak mengambil masa terlalu lama untuk membongkar rangkaian sindiket pemalsuan Kad Pengenalan ini kerana ini sesuatu yang cukup besar bagi negara dan saya yakin telah didalangi oleh bukan orang biasa biasa..
Jika kes seperti ini berlaku dinegara komunis dan China contohnya mendotori mati satu satunya hukuman yang ada. .
Hukuman penjara seumur hidup amat berpatutan terhadap mana mana individu yang diputuskan bersalah oleh mahkamah memalsu dan menjual kewarganegaraan Malaysia kepada pehak asing.
Soalnya seksyen atau akta tersebut tidak wujud dan kerajaan perlu memulakannya iniseatif sebagai persediaan perlaksanaan uundabng undang yang lebih keras berhubung perkara ini
Terus terang penulis katakan,
Penulis cukup mencurigai dan sukar untuk berbaik sangka dengan mereka .
Apa pun mujurlah hayat mereka tidak lama.
Bagaimanakah agaknya jika 15 tahun mereka diberi kepercayaan mentadbir negara?
Penulis sekadar berkongsi ketakutan yang penulis rasa dengan rakan rakan.
Agar ramai akan menjadi lebih prihatin berhubung perkara sensitif termasuk soal keselamatan Malaysia demi kelestarian bangsa Melayu sebagai penduduk asal negara ini serta taraf bumiputra kekal selamanya bagi orang Melayu di negara Malaysia.
Viral dibawah sedikit sebanyak menjelaskan suasana ketika sistem komputer di KLIA rosak sebelum ini.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.