LANTAI MASJIDIL HARAM DAN ANNABAWI

#LantaiMasjidilHaram
#KisahNyataSejarahPembikinan


**post pertama pada tarikh 18.4.2019**
**post kedua 8.4.2020**

Oleh kerana Pak arab semakin Hari semakin rindu Pada Haramain,,
Pak arab suka untuk postkan kembali sejarah2 berkaitan dua tanah suci ini,,,
Post yang pak arab terjemahkan dari catatan bahasa arab
***********
*SEJARAH MELETAKKAN LANTAI MASJIDIL HARAM DAN MASJID ANNABAWI*

NAMA LANTAI : THASSOS MARBLE
TEMPAT PENGELUAR : THASSOS ISLAND, GREECE
ARKITEK YANG BERTANGGUNG JAWAB MEMASANGNYA:


Dia adalah
**Almarhum Muhammad kamal ismail**
Al marhum Muhammad kamal ismail ada menceritakan satu kisah berkaitan lantai berbatu putih yang di gunakan dimasjidilharam dan masjid nabawi,, 
Yang dinamakan dengan nama
رخام ثاسوس ابيض
(Rukham thassus abyad) 
Iaitu batu marble thasus putih

Jom kita baca kisahnya,,,

Kisah menarik 
Pengalaman yang diceritakan oleh al marhum muhammad kamal ismail berkaitan lantai berwarna putih di masjidilharam dan masjid nabawi,,
beliau sengaja memilih untuk
meletakkan batu granit berwarna putih disekitar masjidil haram yang digunakan oleh para jemaah pengunjung yang bertawaf disekeliling kaabah dan dikawasan lain didalam masjidilharam.


Batu granit ini fungsinya adalah untuk menyerap haba panas yang ada diatasnya,,,
Cerita yang mengatakan dibawah lantai ini adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas itu tidak benar sama sekali,,
Untuk pengetahuan semua,,
Batu granit berwarna putih ini hanya terdapat di satu bukit kecil yang terletak sebuah pulau yang dinamakan ia dengan nama THASSOS di negara yunani atau nama lainnya adalah greece,,
Al marhum muhammad kamal ismail telah pergi melihat sendiri dikawasan pergunungan itu dan membuat satu perjanjian kerjasama dari beliau sebagai pembeli dan syarikat pemilik batu granit ini.

Matlamatnya adalah untuk membeli dengan kadar yang secukupnya bagi kegunaan masjidilharam,,
Saat itu separuh dari bilangan yang diperlukan telah tersedia ada di lombong granit itu
Maka setelah perjanjian ditanda tangani,, 
Beliau pulang ke kota mekah dengan membawa batu granit putih ini,,
Dan ia berjaya dihamparkan di seluruh lantai masjidil haram dengan sempurna,
Kemudian
Setelah berlalu 15 tahun lamanya,,
Kerajaan arab saudi
Meminta agar
Almarhum muhammad kamal ismail
Meletakkan lantai batu granit putih yang sama digunakan di masjidil haram,,,
Diletakkan di seluruh lantai masjid nabawi di madinatul munawwarah,,,

Maka 
Muhammad kamal ismail bercerita lagi,, 
Pada saat saya mendapat panggilan dari office pemerintah arab saudi,,,
Saya menjadi takut sangat sangat,, 
Kerana 15 tahun yang lepas,,
Saya telah mengambil sebahagian batu granit putih diletakkan di masjidil haram,, 
Itu pun dikira bilangan yang sedikit,,
Sebahagian lagi masih berbaki di greece,, 
Takut takut ada orang lain yang membelinya.


Maka almarhum muhammad kamal ismail
Terbang pergi ke greece untuk membeli sebahagian yang lain jika ada,,,
Maka beliau pun datang
Kesyarikat yang dahulunya beliau mengambil batu granit ini,, 
Dan berjumpa dengan pemiliknya
Dan menyatakan hasratnya untuk membeli sebahagian batu granit atas tujuan pemasangan lantai masjid nabawi,,
Pemilik syarikat itu memberikan jawapan,,
Sesungguhnya
Selepas tuan membeli sebahagian batu granit thassos pada 15 tahun yang lepas,, 
Ada orang lain yang datang telah membeli keseluruhannya,,,
Mendengar itu,, 
Saya menjadi sedih,, menangis,,, hiba sebak,,

Dalam hidup saya,,, 
Saya tidak pernah merasakan sedih 
Seperti apa yang saya rasakan saat ini
,ini kerana 
Saya tidak mendapat apa yang saya mahukan,,
Sejak dari itu saya menjadi tidak keruan,, 
Air kopi saya pun.. Saya tak sentuh,,
Kemudian saya keluar dari office syarikat marble itu,, 
Untuk saya bergegas bookkan tiket pulang ke arab saudi hari berikutnya
Sebelum itu ntah kenapa saya tertanya dengan sekretari,, 
Siapakah yang membeli baki batu granit itu????
Beliau menjawab,, kami tidak pasti,, 
Sebab ini sudah terlalu lama,, 15 tahun agak sukar untuk mencari pembelinya,,,
Saya berkata padanya.


Kredit: FB Che Pai