MALAYSIA FREEMASON ILLUMINATI DAN KIAMAT

https://www.youtube.com/playlist?list=PLbzMENjMPTW-ZljCzmKE6jT9k5r2n7r9a

*Dukhan : Asteroid atau Nuklear?*

Video dokumentari pendek 11 siri tentang jin ini juga telah lama dihasilkan, tetapi buat pertama kalinya dimuatnaik ke laman YouTube.

Menerangkan apakah itu jin sebenarnya, asal usul serta sifatnya yang dipetik dari Al Quran dan Hadith. 

Jika anda telah menonton semua 51 siri The Arrivals tentang Illuminati serta 10 siri The Divine Book tentang kebenaran agama-agama lain yang telah diubah Illuminati (klik pautan dibawah), maka siri The Jinn ini pula menerangkan bagaimana jin meresapi manusia melalui medium-medium tertentu.

https://www.youtube.com/playlist?list=PLbzMENjMPTW-LedKGCYHCvcw8oeRSfHfD

Jin ialah makhluk Allah yang juga berasal dari iblis serta syaitan. Jin juga sebenarnya adalah dari unsur api.  Cuma jin berbeza dari syaitan kerana jin boleh dibunuh oleh manusia, dan jin juga boleh memilih untuk menjadi baik atau jahat, Islam atau kafir.

Satu lagi sifat jin ialah mereka boleh meresap atau merasuk ke dalam badan manusia atau haiwan melalui medium tertentu. Terdapat 3 jenis jin iaitu yang merangkak, berjalan serta yang boleh terbang.

Tahap merasuk bangsa jin juga berbeza mengikut jenis dan kuasa yang mereka miliki. Terdapat satu surah khas dalam Al Quran iaitu Surah ke 72, Al Jinn mengandungi 28 ayat.

Allah berfirman dalam Surah Al Jinn ayat 11 berbunyi ; "Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada yang soleh dan ada (pula) kebalikannya. Kami menempuh jalan yang berbeza-beza".

Illuminati dulunya gemar menyembah jin dari iblis kerana jin mempunyai kelebihan dalam mengetahui rahsia langit serta mengetahui berita tentang masa hadapan. Allah berfirman dalam Surah Al Jin ayat 8 berbunyi ; "Dan sesungguhnya kami (jin) telah cuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api".

Tetapi Illuminati mula menyembah Iblis setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi Rasul. Kerana itu segala rahsia alam serta ilmu sihir sangat kuat diamalkan sebelum zaman Rasulullah S.A.W, terutamanya semasa zaman Nabi Musa bersama Firaun dan Nabi Sulaiman bersama mukjizat luar biasanya.

Ini dijelaskan Allah dalam Surah Al Jinn ayat ke 9 yang berbunyi ; "dan sesungguhnya kami (jin) dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit untuk mencuri dengar (berita-beritanya). Tetapi *sekarang* siapa (mencuba) mencuri dengar (seperti itu) pasti akan menjumpai panah-panah api yang mengintai (untuk membakarnya)".

Tafsir perkataan 'sekarang' dalam ayat tersebut merujuk kepada waktu setelah Nabi Muhammad S.A.W diutus menjadi Rasul. Kerana inilah Illuminati lebih kepada menyembah iblis dari jin yang telah terbatas ilmunya untuk meramal dengan tepat akan masa hadapan.

Dua agenda utama iblis serta jin ialah untuk memastikan manusia menyembahnya dan menyembah diri sendiri. Untuk mencapai tujuan tersebut, iblis dan jin harus membuatkan manusia berillusi yang mereka akan hidup selamanya.

Inilah yang dikenali sebagai Satanism iaitu memuja diri sendiri. Atau yang lebih buruk jika sampai kepada tahap memuja diri sendiri dan memuja iblis atau jin secara langsung atau tidak langsung.

Dan semua proses diantara iblis, jin serta manusia ini hendaklah melalui satu medium berupa lambang, bentuk, atau simbol. Kerana inilah Illuminati amat gemar menggunakan lambang berbentuk geometri seperti segitiga, bintang, simbol mata satu dan lain-lain.

Ini menjelaskan mengapa lambang Freemason iaitu salah satu pertubuhan rahsia dibawah Illuminati menggunakan lambang segitiga dan wang kertas USD mempunyai simbol piramid yang diatasnya terdapat simbol mata satu.

Bendera negara Israel juga mempunyai logo bintang geometri atau lebih dikenali dengan 'Star of David'. Di negara kita juga terdapat parti politik yang 'kebetulan' mempunyai bentuk segitiga yang berlapis seakan piramid yang terpisah, logo 2 bulan sabit yang seakan bermata satu serta lambang seakan bentuk piramid yang mahu terbang. Lambang atau logo gabungan 3 parti utama ini juga terdapat bentuk segitiga seakan piramid untuk menggantikan huruf A.

Penggunaan simbol atau lambang ini amat penting untuk iblis serta jin meresapi ke dalam minda serta tubuh badan pemuja lambang serta simbol tersebut. Ianya seperti proses 'hiptonise' atau memukau. Kerana itu sebuah negara Islam harus mengelakkan simbol ini dalam bendera negara mereka. Larangan untuk meletakkan gambar benda hidup dalam rumah, lambang salib serta membela anjing adalah bermaksud yang sama, iaitu untuk mengelakkan jin serta iblis.

Jin terbahagi kepada 6 bangsa, iaitu Jinn, Jann, Marid, Afreet, Shaytan serta Ghul berbeza kekuatan mengikut jenis mereka. Bangsa Jinn yang terkuat, mampu terbang, boleh ghaib sepenuhnya serta boleh memberi arahan kepada sihir.

Jin juga mempunyai warna atau puak tertentu seperti Merah, Emas, Hijau, Biru serta Hitam, yang mana puak jin berwarna hitam ialah sebenarnya kerana mereka ini ialah bayangan yang gelap.

Kerana itu dalam agama Hindu, mereka gemar berwarna warni dalam menyambut perayaan keagamaan mereka seperti Thaipusam. Dalam agama Buddha juga, mereka gemar menggunakan warna kuning keemasan   iaitu warna kegemaran jin dan warna kuning dalam berpakaian juga ditegah dalam Hadith Shahih.

Agama Hindu juga gemar menggantung kain berwarna kuning di hadapan rumah dan sebagai tangkal. Dewa-dewa dalam agama Hindu sebenarnya hanyalah jin yang boleh menyerupai berbagai bentuk untuk menyesatkan manusia.

Apa sahaja bentuk komunikasi dengan dunia jin atau iblis adalah dilarang dalam Islam, samada jin baik atau jahat, jin Islam ataupun kafir. Allah berfirman dalam Surah Al Jinn dalam ayat ke 6 yang bermaksud ; "dan sesungguhnya ada beberapa orang laki-laki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari jin, tetapi mereka (jin) menjadi mereka (manusia) bertambah sesat".

Jika anda telah faham serta kenal siapa itu Illuminati dan apa yang mereka telah, mahu serta akan lakukan, maka anda seharusnya sudah boleh membaca akan permainan Dajjal yang merupakan 'tuhan' bagi Illuminati dan Freemason.

Illuminati percaya Dajjal yang akan turun mengalahkan tentera Imam Mahdi serta Nabi Isa a.s., tidak seperti agama Kristian yang percaya akan turunnya Nabi Isa a.s untuk mengumumkan bahawa agama Kristian adalah yang benar.

Manakala dalam Islam, kita wajib percaya bahawa Nabi Isa a.s akan turun di Masjid Damaskus di Syria diantara dua menara putih ketika solat Subuh untuk berba'iah dengan Imam Mahdi yang akan mengimamkan solat tersebut bersama Nabi Isa a.s.

Dari sebahagian sebuah Hadith Muslim yang panjang mengenai Dajjal iaitu dari Nawas bin Sam'an r.a katanya : "Sementara Dajjal asyik dengan perbuatan-perbuatannya yang merosak, Allah S.W.T membangkitkan Isa Al Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara putih sebelah timur Damsyik".

Krisis di Syria ketika ini seakan memberitahu bahawa saat tersebut telah hampir. Kerana jika berdasarkan sebahagian Hadith Muslim Dari Hudzaifah bin Asid Al Ghiffari r.a katanya : Rasulullah S.A.W bersabda "Kiamat tidak akan terjadi sebelum terlihat sepuluh macam tanda : 1. Ad Dukhan (asap atau kabut), 2. Dajjal (si penipu besar), 3. Dabbah (binatang melata). 4. Matahari terbit di barat. 5. 'Isa anak Maryam a.s turun. 6. Ya'juj dan Ma'juj. 7. Gerhana di timur. 8. Gerhana di barat. 9. Gerhana di Jazzirah' Arab. 10. Api menyala di Yaman menghalau umat manusia ke mahsyar (tempat berkumpul)."

Jika berdasarkan Hadith ini dan tafsir Surah Ad Dukhan dalam ayat ke sepuluh dan ke sebelas yang bermaksud : "Maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas" dan "yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih". Quran 44:10:11.

Begitu juga dengan ayat ke 16 Surah Dukhan yang bermaksud : "(Ingatlah) pada hari (ketika) Kami menghentam mereka dengan keras. Kami pasti akan memberi balasan".

Walaupun asbabun nuzul surah ini diturunkan bukan mengenai tanda besar kiamat, tetapi perlu di ingat, bahawa Al Quran diturunkan untuk memperingati manusia berdasarkan peristiwa-peristiwa yang telah lalu.

Walaupun Hadith yang mengatakan Dukhan akan terjadi pada pertengahan bulan Ramadhan iaitu di malam yang diberkati berdasarkan ayat kedua dan ketiga Surah Dukhan yang bermaksud "Demi Kitab (Al Qu'ran) yang jelas, sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam yang diberkati. Sungguh, Kamilah yang memberi peringatan",

Perhatikan ayat "Kamilah yang memberi peringatan". Mengapa Allah berfirman begitu jika hanya untuk memberitahu bahawa Al Quran telah diturunkan pada malam yang diberkati iaitu pada sekitar 17 Ramadhan atau Nuzul Quran mengikut pandangan Ijma'. 

Al Quran diturunkan untuk menjadi pengajaran sepanjang zaman sehingga hari kiamat. Adalah salah jika kita mengatakan kisah serta tauladan di dalam Al Quran itu tidak ada kena mengena dengan masa kini.

Sedangkan semua yang berlaku pada masa kini adalah berulang-ulang dari kejadian Nabi Adam a.s sehinggalah hari kiamat. Al Quran bukan diturunkan serta dipelihara Allah sepanjang zaman  hanya untuk dibaca semata-mata.

Begitu juga ayat ke 16 Surah Ad Dukhan yang memberi amaran tentang satu hentaman yang keras sebagai balasan yang pasti. Amaran ini sangat hampir untuk dikaitkan dengan asteroid yang dijangka NASA akan melalui bumi pada 29 April 2020 iaitu sekitar 9 hari sebelum 17 Ramadhan 1441H.

Walaupun NASA menyatakan bahawa asteroid ini tidak berpotensi untuk memberi kerosakan kepada bumi kerana laluannya yang agak jauh, tetapi dengan saiz selebar lebih 4 km itu, jika tersasar sedikit atau terlewat beberapa hari, maka akan menghentam bumi sekitar 17 Ramadhan 1441H, bertepatan dengan amaran Allah di dalam Surah Ad Dukhan.

Begitu juga dengan amaran Allah tentang kuarantin Covid-19 dalam ayat ke 33, Surah ke 33 Al Ahzab, Juzu' ke 22, yang tidak mungkin hanya kebetulan pada tarikh 3 April 2020, kes Covid-19 negara mencapai angka bersamaan dengan 3,333 kes dengan 3 kematian pada hari itu sahaja.

Ayat ke 33 dari Surah Al Ahzab tersebut bermaksud : "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu, dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai _ahlulbait_ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya".Q 33.33.

Walaupun asbabun nuzul ayat ini mengatakan bahawa yang dimaksudkan tetap di rumah ialah isteri-isteri Rasul agar tetap di rumah, dan keluar hanya bila ada keperluan yang dibenarkan syara', itu hanya asbab sahaja.

Bukankah jelas Allah mahu kita berkurung di dalam rumah ketika ini, serta jangan membiarkan para isteri keluar. Serta jangan bertingkahlaku seperti jahiliah. Bukankah terdapat Hadis Shahih yang melarang keluar atau masuk ke sesuatu kawasan jika terdapat wabak taun.

Perhatikan perkataan _ahlulbait_, iaitu bermaksud keluarga Rasulullah S.A.W., bukankah bangsa Melayu mempunyai hubung kait yang agak jelas dengan salasilah keluarga Rasulullah S.A.W. melalui jurai cucu Baginda Al Hassan dan Al Hussein dari Bani Hashim serta isteri kepada Nabi Ibrahim, Keturah yang dikatakan pernah sampai ke Kemboja serta Wali Songo di Indonesia. 

Banyak juga Hadith Shahih Muslim yang menyebut tentang betapa cepatnya peristiwa tanda-tanda besar kiamat berlaku diantara satu sama lain. Ulama' juga berselisih pendapat tentang turutan peristiwa-peristiwa tanda besar tersebut.

Ada juga sebahagian dari Hadith Shahih Muslim : Dari Masruq r.a katanya : "Seorang pembawa berita yang berada di pintu Kindah mengatakan bahawa ayat Dukhan (ayat kabut) turun menyesakkan nafas orang-orang kafir dan menyiksa orang-orang mukmin seperti terkena selsema".

Berdasarkan Hadith Shahih tanda-tanda besar hari kiamat, Dukhan akan berlaku, diikuti Dajjal, Dabbah, Matahari terbit di Barat, Nabi Isa turun, Yakjuj dan Makjuj, gerhana di Timur, Barat serta di Arab serta api yang menyala di Yemen.

Turutan ini tidak semestinya betul, kerana terdapat beberapa Hadith Shahih yang berbeza susunannya. Yang pasti terdapat beberapa Hadith yang mengatakan taubat tidak lagi diterima Allah selepas peristiwa matahari terbit dari Barat.

Jadi adakah peristiwa wabak Covid-19 yang semakin mengganas di dunia Barat serta belum menunjukkan pengurangan kes di negara kita ini, boleh dikaitkan dengan mana-mana tanda besar kiamat.

Dan lebih penting, begitu hampirnya wabak Covid-19 dengan tarikh 17 Ramadhan yang sinonim dengan tanda besar kiamat pertama iaitu Dukhan. Serta jangkaan NASA tentang sebuah asteroid yang akan melalui bumi juga sekitar tarikh tersebut.

Persoalannya, adakah Dajjal telah pun keluar, ataupun hanya akan keluar selepas Dukhan. Dan adakah Yakjuj dan Makjuj akan keluar selepas Dukhan, atau hanya selepas turunnya Nabi Isa di Syria.

4 tanda besar kiamat ini, seakan-akan sedang berlaku dengan pantas dimana tersebarnya Covid-19 ke seluruh dunia dari negara China amatlah relevan jika hendak dikaitkan dengan keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj yang bermata sepet, berhidung pesek, berkulit cerah serta bilangan yang ramai.

Keluarnya Yakjuj dan Makjuj dari tempat yang tinggi ialah untuk melakukan kerosakan dan membunuh manusia dalam dua gelombang. Adakah Covid-19 ini adalah gelombang yang kedua selepas bangsa Mongolia yang kejam keluar dari benua China serta melakukan banyak kerosakan melalui peperangan.

Dan adakah Nabi Isa a.s telahpun turun berba'iah dengan Imam Mahdi di sebuah Masjid di Damaskus, Syria tanpa disedari dunia. Hanya para pejuang Islam serta Jemaah Tabligh yang berada disana sahaja boleh mengesahkannya.

Ini kerana Jemaah Tabligh adalah satunya jemaah yang mengembara ke seluruh dunia berjalan kaki dari Masjid ke Masjid untuk berdakwah, dan mereka tahu akan selok belok serta hal yang berlaku di Masjid seluruh dunia.

Yang hampir pasti belum berlaku adalah keluarnya binatang melata bernama Dabbah yang akan membawa bangkai Yakjuj dan Makjuj, setelah turunnya Nabi Isa. Tetapi dalam Hadith tersebut menyebut binatang itu ialah burung yang sebesar unta. Adakah burung ialah binatang melata.

Keluarnya Dajjal juga boleh ditafsirkan dengan keluarnya Covid-19 yang dibawa oleh tentera Amerika ke negara China yang menjadi asbab keluarnya pula Yakjuj dan Makjuj. Perang ekonomi diantara Amerika dan China hanya menjadi asbab kepada turutan petanda besar kiamat ini.

Yang lebih merisaukan adalah, jika benar sebuah asteroid yang bakal melalui bumi, ditakdirkan menjadi asbab untuk menghentam bumi, menggerakkan paksi bumi hingga menyebabkan matahari terbit dari barat.

Sekaligus mengeluarkan Dukhan iaitu asap dan kabut tebal yang akan menyelebungi bumi selama 40 hari serta menyebabkan berlakunya 3 gerhana di Timur, Barat serta di tanah Arab.

Setelah itu mungkin baharu Dajjal akan keluar dari Amerika Syarikat untuk menuju ke negara Israel untuk persediaan tapak baru untuk memerintah dunia dalam agenda terbesar Illuminati iaitu The New World Order melalui The Great Israel. 

Kehadiran tentera Amerika di Syria untuk bersama rejim Bashar Assad Syiah untuk menentang Mujahidin adalah juga salah satu asbab untuk munculnya Imam Mahdi yang akan diba'iahkan oleh Nabi Isa a.s.

Terdapat satu Hadith Shahih Muslim yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s dan tentera Imam Mahdi akan mencari Dajjal sehingga ke Baitulmaqdis sebelum membunuhnya. Adakah tentera Amerika Syarikat dan Israel akan tewas di Palestin sebelum berlakunya kiamat.

Perang di Syria amat penting kepada Illuminati kerana hanya Syria yang belum berjaya diletakkan pengkalan tentera Amerika Syarikat. Arab Saudi, Iraq, UAE, Kuwait, Jordan, Qatar, Bahrain, Oman, Pakistan malah Turki semuanya telah Amerika atau Dajjal takluk sebenarnya, dengan wujudnya pengkalan tentera Amerika. 

Negara Islam yang menentang keras Amerika seperti Lubnan, Sudan, Mesir dan Libya telah pun hancur. Hanya tinggal negara Syria semenjak tahun 2013 sehingga kini masih bertahan. Kewujudan tentera Amerika di Syria kononnya untuk membantu Bashar Al Assad untuk memerangi ISIS sebenarnya hanyalah helah retorik bersifat Dajjal (penipuan). 

Kaedah sebegini telah Amerika berjaya lakukan di Afghanistan dengan mencipta watak Osama Laden dan Al Qaeda selepas peristiwa 9/11 yang dirancang. Manakala di Iraq, senjata pemusnah Scud yang tidak wujud telah menjadi kambing hitam untuk Amerika menghancurkan bumi Iraq. 

Gerakan ISIS sebenarnya adalah dibiayai Amerika dari segi persenjataan, hanya untuk menjadi sebab supaya kehadiran tentera Amerika sentiasa relevan di Syria. 

Manakala Russia pula memang telah lama rapat dengan rejim Bashar Al Assad dengan membekalkan senjata mereka. Pendek kata berbagai pihak mempunyai kepentingan untuk menguasai Syria begitu juga dengan Palestin ataupun Baitulmaqdis.

Kedua negara Islam terakhir ini akan bertahan sehinggalah munculnya Nabi Isa a.s untuk membantu tentera Imam Mahdi untuk mengejar tentera Dajjal dari Damsyik sehinggalah ke Baitulmaqdis sebelum Dajjal berjaya dibunuh.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara : 1. Sebelum matahari terbit dari Barat. 2. Keluar asap atau kabut. 3.  Keluar Dajjal. 4. Keluar Dabbah (binatang melata). 5. Maut dan 6. Kiamat."

Ataupun Dukhan atau asap panas boleh jadi juga berlaku dengan asbab perang nuklear yang mungkin tercetus diantara Amerika dan China atau India dan Pakistan. Bagi Amerika, China harus dipersalahkan kerana menjadi punca kepada kematian berpuluh ribu warga Barat dan mungkin akan bertambah menjadi ratusan ribu atau jutaan sedikit masa lagi.

Illuminati melalui Amerika juga sudah pasti akan menggunakan kekerasan jika China berjaya menguasai dunia dengan membekalkan vaksin Covid-19 yang mangandungi teknologi nano untuk mengawal manusia. 

Ini akan melambatkan cita-cita Illuminati untuk menjadikan negara Israel sebagai pusat dunia yang baru, menggantikan Amerika Syarikat yang semakin menerima daulah Islamiyyah, sepertimana yang sedang berlaku di negara Britain serta seluruh Eropah. 

Ini bersesuaian dengan sebuah Hadith Shahih Muslim yang bermaksud : Dari Abdullah r.a., dari Nabi SAW sabdanya : Tidak terjadi kiamat melainkan kerana kejahatan manusia."

Maka kejadian kiamat seperti yang dijanjikan Allah telah amat dekat jika kita melihat dengan mata hati beserta Al Quran dan Hadith Shahih. Cuma hari sebenar berlakunya kiamat hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Maka untuk kita tidak tertipu dengan fitnah Dajjal sebelum kita mati samada secara sendiri atau kerana hari kiamat, ketahuilah siapa itu sebenarnya Illuminati, berdasarkan lambang sesebuah negara ataupun pertubuhan. Ini kerana sifat Dajjal yang akan membawa fitnah dan penipuan besar untuk mengelirukan manusia dalam memilih jalan yang benar.

Dari Hudzaifah r.a., dari Nabi SAW sabdanya :  "Dajjal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air adalah sebenarnya api. Kerana itu waspadalah agar kamu tidak celaka." Sahih Muslim. 

Jadi selepas anda tahu siapa dan apa itu Illuminati dalam siri The Arrivals serta bagaimana Illuminati mengubah agama Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain melalui kuasa dan politik sesebuah negara supaya membenci Islam sebagai agama yang ekstrim dan ganas. 

Anda seharusnya sudah boleh membaca akan pergerakan Amerika sebagai Dajjal yang menggantikan British ketika era penjajahan dahulu, kini melebarkan penjajahan melalui politik sesebuah negara sehinggalah pengkalan tentera mereka berjaya didirikan.

Hampir 1,000 Pengkalan Tentera Amerika Syarikat di seluruh dunia membuktikan betapa bahayanya sang Dajjal yang ingin menakluk dunia. Hampir 200 pengkalan mereka telah dibina di Jerman selepas Nazi ditewaskan dalam perang dunia kedua. Untuk mengimbangi kuasa Russia. 

Hampir 100 pengkalan di Korea Selatan dan Jepun untuk mengimbangi Korea Utara dan lebih 5 dozen pengkalan mereka di negara Itali untuk memantau benua Eropah.

Illuminati hanya bermusuh dengan negara yang enggan menerima PBB, Bank Dunia, WHO serta lain-lain pertubuhan antarabangsa yang mereka cipta. Negara-negara seperti Korea Utara, Russia, China, Iran, Cuba dan Syria bukan sahaja tidak membenarkan politik negara mereka dikuasai kapitalis Yahudi Illuminati, apatah lagi untuk membina pengkalan tentera mereka. 

Seperti contoh, rakyat Korea Utara tidak pernah kenal apa itu cek bank. Walaupun mereka berfahaman komunis, tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak bersekongkol dengan kapitalis Yahudi untuk merosakkan rakyat Korea Utara. 

Jadi diantara China dan Amerika, ada baiknya jika kita menyokong China, walaupun mereka bangsa Yakjuj dan Makjuj yang juga merosakkan, tetapi mereka tidaklah sampai melakukan penipuan jahat seperti sang Dajjal iaitu Amerika. 

Di Asia Tenggara, negara Filipina merupakan pengkalan tentera Amerika yang terbesar di dunia. Cukup untuk mengimbangi kuasa besar negara China. 5 pengkalan tentera terbesar dunia dari segi populasi selepas di Filipina, berada di Amerika Syarikat.

Pengkalan tentera rahsia Amerika seperti Area 51 di gurun Nevada berdekatan Mexico, pengkalan Diego Garcia di tengah-tengah Lautan Hindi yang diwarisi dari penjajahan koloni oleh British India yang amat terpencil. 

Thailand serta Singapura juga mempunyai hubungan langsung dengan tentera Amerika Syarikat. Paya Lebar Air Base di Singapura yang dikendalikan tentera Angkatan Udara Republik Singapura juga boleh dijadikan pengkalan tentera Amerika Syarikat apabila diperlukan. 

Dipercayai Amerika juga mempunyai pengkalan tentera rahsia bawah tanah di Antartika, kerana terdapatnya beberapa kawasan yang disekat serta dikawal secara rahsia. Seolah-olah ianya seperti penghujung dunia. 

HAARP 'Research Station' iaitu satu pusat penyelidikan dengan kerjasama Universiti Alaska bersama Tentera Udara dan Darat Amerika giat mengkaji tentang kawalan cuaca melalui 180 penghantar antenna berfrekuensi tinggi untuk mengganggu lapisan langit ionosfera.

Masih ingat kisah perang dunia kedua bilamana tentera Jepun telah menjadi kuasa besar dunia setaraf barat. Jepun pada ketika itu telah berjaya menguasai Korea pada tahun 1910, Manchuria pada tahun 1931 dan menyerang negara China pada tahun 1937 yang merupakan perang pencetus kepada bermulanya perang dunia kedua sebelum Nazi Jerman pula menyerang Poland pada tahun 1941.

Tetapi penjajah Jepun tidak seperti British yang membawa agenda 3G mereka iaitu 'Gold, Glory and Gospel' yang bermaksud serampang 3 mata sepertimana lambang Iblis. Jepun menjajah adalah kerana negara mereka sudah hampir kehabisan sumber bumi.

Pada tahun 1938, Jepun telah gagal dengan teruk ketika cuba untuk menyerang negara Soviet Union iaitu dikenali sebagai Serangan Tasik Khasan dan Khalkin Gol pada tahun 1939.

Jepun menyerang pengkalan tentera laut Pearl Harbour di Hawaii untuk melumpuhkan armada laut Amerika supaya tidak mengganggu penjajahan Jepun di Asia Tenggara. Pearl Harbour ketika itu menempatkan kesemua kapal perang terbesar serta tercanggih Amerika.

Serangan 90 minit Jepun itu telah menenggelamkan 2 kapal terbesar Amerika iaitu USS Arizona dan USS Oklahoma, membunuh 2.403 askar Amerika manakala kapal USS yang lain rosak teruk tetapi berjaya dibaiki semula pada tahun 1942 dan 1944.

Keesokannya pada tarikh 8 Disember 1941. Kongres Amerika yang pada awalnya tidak mahu terlibat dengan perang dunia kedua kononnya, akhirnya meluluskan deklarasi perang terhadap Jerman dan Itali pada 11 Disember 1941, hanya 3 hari selepas Presiden Roosevelt menyampaikan ucapan perangnya.

British pula sebagai sekutu kuat Amerika telah mengisytiharkan perang terhadap Jepun yang telah menyerang koloni mereka di Malaya. Jepun telah mula menyerang Hong Kong, Malaya, Sabah, Sarawak dan Filipina sehari sebelum serangan Pearl Harbour iaitu pada 7 Disember 1941.

Serangan Jepun keatas Pearl Harbour hanya melumpuhkan tentera laut Amerika untuk tempoh 6 bulan sahaja. Ini adalah kerana hanya 2 buah kapal 'battleship' yang tenggelam serta ketiadaan semua 3 kapal pengangkut pesawat terbesar yang sedang belayar di Lautan Pasifik.

Inilah antara sebab Jepun gagal dalam misinya untuk menakluk dunia, hanya kerana kegagalan perisikan. Begitu juga di pihak Amerika, bahawa sebenarnya Jepun telah mengisytiharkan perang kepada Amerika satu jam sebelum serangan bermula di Pearl Harbour.

Dan misi Jepun diakhiri pula dengan serangan 2 bom atom di Hiroshima dan Nagasaki yang terus membuatkan Jepun menyerah kalah. Perlu diingat, bom atom adalah beberapa ratus kali lebih kecil kekuatannya dari sebuah bom nuklear.

Ramai juga yang tidak menyedari bahawa antara agenda perang dunia kedua ialah untuk Illuminati meluaskan penggunaan vaksin BCG ke semua negara yang telah dikuasai melalui WHO, kononnya sebagai satu misi kemanusiaan global. Walhal virus TB serta Polio yang amat merbahaya itu juga dicipta oleh makmal biologi di Amerika, sama seperti virus Covid-19. 

Kaedah yang sama juga bakal digunakan Illuminati untuk memaksa semua manusia menerima vaksin BCG ataupun vaksin baru melalui arahan WHO dan KKM. Kononnya untuk mengekang Covid-19. Sebab itu, amat kritikal untuk kita terus bersabar dengan arahan PKP supaya WHO tiada sebab kukuh untuk memaksa KKM mengarahkan rakyat negara ini menyuntik vaksin.

Kita juga harus sedar akan bahayanya sesetengah pemimpin negara yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak Amerika yang telah lama berita-cita untuk membina pengkalan tentera laut mereka di Port Dickson untuk menguasai Selat Melaka, iaitu laluan terpenting dunia antara timur dan barat.

Selat Melaka juga menjadi rebutan buat negara China kerana ianya juga berada dalam laluan 'Sutera' mereka untuk kekal menyaingi ekonomi Amerika. Kejatuhan kerajaan Islam pada PRU ke 14 juga ada kena mengena dengan projek ECRL yang bakal memberi kesan kepada kepentingan Singapura sebagai hub utama persinggahan kapal-kapal dagang dunia.

Jika ECRL berjaya disiapkan dengan cepat, maka kapal-kapal dagang tidak lagi perlu belayar jauh ke selatan melalui Singapura untuk ke timur. Kontena boleh dipunggah di Pelabuhan Kelang di Selat Melaka dan dibawa oleh laluan keretapi ECRL sehingga ke Pelabuhan Kuantan di Laut China Selatan.

Sebagai timbal balik, Singapura bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk membina HSR dari KL ke Singapura sebagai ganti 'kerugian' ekonomi mereka apabila siapnya projek ECRL. Dengan HSR ataupun keretapi laju yang hanya akan mengambil masa sekitar 3-4 jam dari KL ke Singapura, maka rakyat Singapura akan dapat menjimatkan banyak masa dan kos untuk ke Kuala Lumpur. 

Pihak Amerika juga tidak senang dengan keakraban kerajaan Melayu Islam yang telah lama menjalin hubungan baik dengan kerajaan China sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini akan melambatkan lagi cita-cita Amerika untuk menguasai sumber petroleum negara yang belum habis diteroka terutamanya di laut dalam perairan negeri Terengganu. 

Sebelum Amerika mahu berjaya membina pengkalan tentera mereka di Port Dickson, kuasa politik harus dikuasai dahulu. Jadi tidak hairanlah seorang ahli parlimen negara yang amat rapat dengan kapitalis Barat seperti Al Gore dan ahli Freemason berpangkat tinggi Paul Wolfowitz. Dua tokoh barat ini antara yang pertama mengkritik hukuman penjara keatas ahli parlimen tersebut. 

Paul Wolfowitz ialah individu penting yang melaksanakan agenda rahsia White House semasa pentadbiran George W.Bush. Paul Wolfowitz dan Bush ialah ahli gerakan "Skull and Bones" iaitu cabang gerakan Masonic semasa mereka menuntut di Universiti Yale.

Tetapi sebelum kuasa politik dikuasai, perang pemikiran haruslah dikuasai dahulu. Tajaan dana dari Amerika kepada Smith Richardson Foundation (melabur dalam RAND Corp), Center of Islam, Democracy & The Future of The Muslim World (tajaan Hillel Fradkin dari Hudson Institute), The Washington Institute for Near East Policy (tajaan Dennis Ross dan Robert Satloff), US Commission on International Religious Freedom (tajaan Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir & Scott Flipse) dan Freedom House (tajaan Paul Marshall). 

Majoriti penaja NGO-NGO tersebut adalah ahli tetap dalam gerakan Masonic (Freemason Antarabangsa). Manakala dari jalur Eropah datangnya daripada Konrad-Adenauer-Stiftung (KAD, berpusat di Jerman dan mempunyai cawangan di Pulau Pinang).

Manakala di Asia Tenggara, ISEAS antara 'tink tank' kerajaan Republik Singapura. Di Malaysia Sekolah Demokrasi (tajaan DAPSY), Keadilan Executive Internship Program (KEIP-tajaan PKR) dan Sekolah Politik (tajaan IKD) adalah contoh sekolah pemikiran yang llluminati cuba terapkan melalui tangan-tangan orang Islam sendiri. Semua ini dilakukan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan untuk mengelakkan ditutup atau disaman.

Manakala penggunaan Maqasid Syariah, Fiqh Muwatanah dan kempen "Rahmatan Lil Alamin" oleh Menteri Agama kerajaan 22 bulan adalah merupakan cara halus untuk menjana gagasan neo-fundamentalisme yang bersifat universal tetapi masih di dalam kerangka syariah. Bezanya, parti bekas menteri agama ini belum lagi mempunyai sekolah pemikiran mereka sendiri seperti rakan parti yang lain. 

Manakala ahli parlimen Port Dickson ini jugalah yang telah mengungkap ayat "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" pada tahun 2012, walaupun beliau mendakwa bahawa ucapan itu tidak diambil penuh, tetapi amatlah meragukan akan sikap beliau yang bermula-muka ketika diwawancara oleh stesen TV Amerika. 

Pengiktirafan Amerika kepada ahli parlimen Port Dickson dengan pemasyhuran sebagai "Distinguished Visiting Professor" di SAIF, John Hopkins University [2] dan CUMC, Georgetown University [3].

Beliau juga dilantik sebagai "Future Speaker" dan "Founder Scholar" di The Woodraw Wilson Center dan The International Institute of Islamic Thought (IIIT) [4].

Mengapa beliau dikurniakan sebegitu banyak gelaran "Professorship". Hal ini kerana beliau merupakan 'Pecksniffian-person' yang mempunyai "pelbagai wajah". 

Program 'Muslim Moderat' yang mengikut aspirasi Barat dengan tajaan kewangan dari Foundation for The Future, The Brookings Institute, The Rands Corp, The Sasakawa Peace Foundation, The Asia Foundation, Konrad Adenauer Stiftung dan Friedrich Naumann Foundation yang sebahagian mendanai perjalanan politik ahli parlimen Port Dickson itu sendiri.

Jelas dengan segala bukti bahawa ahli parlimen tersebut adalah yang paling rapat dengan kuasa besar Amerika, menjelaskan arah tuju politik beliau bersama parti yang didaftarkan sebagai Liberal dan menggunakan lambang mata satu walaupun cuba di sembunyikan dengan simbol dua bulan sabit. 

Pendedahan TGHH tentang pengaruh kaitan Freemason dan Illuminati kepada perjuangan ahli parlimen Port Dickson, bukanlah diambil dari maklumat di laman "Civil Service Lodge" yang telah lama rakyat tahu bahawa Bro. Anwar Ibrahim itu ialah 'pelanduk dua serupa'.

Ini ialah penafian kali kedua tentang beliau yang dikaitkan dengan gerakan Freemason setelah sekian lama. Beliau mendakwa akan menulis satu surat balas kepada negara Timur Tengah semasa bersidang secara langsung dalam FB beliau. 

Jadi tidak hairan mereka ini melatah dan cemas apabila TGHH mengeluarkan kenyataan kepada semua negara Timur Tengah dalam satu surat berbahasa Arab tentang kebenaran yang telah berlaku sepanjang 22 bulan mereka berkuasa bahawasanya terdapat pengaruh kuat gerakan Freemason dan Illuminati dibelakang mereka. 

Biasanya pihak yang tidak bersalah tidak akan melatah sebegitu, hanya untuk membersihkan nama mereka. TGHH dengan berani mengisytiharkan perang kepada Freemason dan Illuminati dengan menghantar surat tersebut kepada semua negara Islam dunia. 

TGHH sejak muda ketika sedang menuntut di Universiti tertua dunia Al Azhar serta Universiti Madinah telah pun melibatkan diri dengan politik di Timur Tengah. Jadi tidak hairan jika TGHH bakal menjadi orang yang menyatupadukan dua blok negara Islam iaitu Arab Saudi, Mesir, Kuwait, UAE, Bahrain dan Jordan yang pro Wahabbi/Saudi dengan blok pro Sunni/Iran iaitu negara Turki, Oman, Qatar, Syria, Jordan, Lubnan, Yemen, Iraq, Palestin, Afghanistan dan Iran sendiri. 

Manakala di Syria, Iraq dan Lubnan telah dikuasai oleh pemerintah pro Syiah tetapi majoriti rakyatnya adalah Sunni, berbeza pula dengan negara Yemen yang dikuasai pemerintah Sunni tetapi mempunyai pemberontak Syiah.

Lihatlah betap liciknya rancangan Illuminati untuk memastikan negara Islam tidak bersatu supaya tidak menjadi kuat dan menghapuskan Israel sekaligus menggagalkan rancangan Dajjal untuk menguasai dunia. 

Doktrin Syiah sengaja direka Yahudi Illuminati supaya menjadi satu taboo kepada Sunni untuk berperang sesama sendiri. Walhal sepatutnya negara blok Iran disokong walaupun mereka Syiah, daripada menyokong blok Saudi walaupun mereka Wahabbi. Ini adalah kerana musuh sebenar Islam berada di belakang blok Saudi dan bukan blok Syiah, walaupun asal usul Syiah dari Yahudi Illuminati. 

Amerika dengan liciknya telah menyokong kuat negara blok pro Saudi/Wahabbi/Sunni kononnya untuk melawan blok Iran/Syiah, walhal merekalah yang telah menjadi dalang untuk memastikan semua negara Islam itu sentiasa berperang sesama sendiri supaya dapat menjual senjata mereka serta menghapuskan ancaman kepada agenda Israel Raya. 

Jadi tidaklah keterlaluan jika misi TGHH menjadi Duta Khas bertaraf Menteri ke Timur Tengah ini ditakrifkan sebagai misi 'Imam Al Mahdi' untuk menyatukan kembali semua negara Islam dibawah satu panji hitam Kalimah Syahadah untuk menghadapi satunya musuh Islam yang sebenar iaitu sang Dajjal Amerika dan Israel yang telah berjaya memecahbelahkan dan menghancurkan kebanyakan negara Islam di Timur Tengah. 

Pengaruh kuat TGHH kepada negara Iran, harus menjadi kelebihan kepada beliau untuk menyelesaikan semua perselisihan diantara Arab Saudi dan Iran, demi untuk menghalang kemaraan Amerika dan Israel. 

Semoga usaha murni TGHH yang telah pun lama beliau usahakan di persidangan-persidangan antara Sunni dan Syiah di Iran, kini diteruskan pula sebagai wakil kerajaan Malaysia untuk bertemu dengan penguasa Arab Saudi dan menjadi asbab supaya Dukhan tidak berlaku pada Ramadhan tahun ini. 

Dasar berbaik kepada semua negara kecuali Amerika dan Israel harus diteruskan kerajaan terutamanya memulihkan hubungan dengan negara Arab Saudi yang sedikit tercalar, ekoran  isu derma politik rahsia 2.6 billion Putera Saudi kepada bekas Perdana Menteri negara yang dipolitikkan sebagai dana 1MDB.

Janganlah bersikap serkap jarang seperti bekas PM 22 tahun kita yang hanya tahu bermusuh dengan Amerika, Israel serta semua negara sekutu mereka, tetapi tidak pula mengusahakan supaya negara Islam bersatu untuk melawan Amerika serta Israel.

Rasulullah S.A.W mengajar umatnya agar berbuat baik kepada semua, selagi mereka tidak melanggar batas syariat dan akidah. Peperangan hanyalah langkah terakhir jika pihak musuh berterusan secara terbuka mencabar kedaulatan Islam. 

Maka amatlah relevan selepas kita mengetahui siapa itu Illuminati dalam siri The Arrivals dan fakta bahawa semua kitab agama Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha telah diubah Illuminati, serta cara dan kaedah jin serta Iblis menguasai manusia melalui lambang serta simbol dalam siri The Jinn.

Untuk kita mengenali dan fahami bahawa siapakah disebalik sesetengah pemimpin negara. Yang mana satu putih dan yang mana satu hitam. Tiada istilah yang kelabu, kerana syurga dan neraka hanya ada dua. Jika tidak ke syurga, pastilah ke neraka, dan jika tidak mengikut Allah dan Rasul, pastilah menjadi pengikut iblis, syaitan serta jin. 

Wallahua'lam. 

Sumber: MalayanCyberForces

Ulasan