TUTUP AKAUN GOOGLE ADSENSE MUSUH

Patuhi setiap terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Google Adsense.

Tidak dibenarkan  mengklik iklan sendiri atau  menyuruh orang lain untuk mengklik iklan. Jangan menganggap anda sudah cukup hebat dengan pergi ke cybercaf√© kemudian klik ikan sendiri,ye…la alamat IP kan berbeze, anda silap! Mesin Robot Google Adsense sentiasa pantau aktiviti kita. Robot ni sentiasa list setiap Ip yang masuk ke blog kita yang telah dipasang google ads. Cuba fikir orang masuk ke blog kita untuk mencari maklumat bukan untuk mengklik google ads.So…dengan senang mesin Robot tu mengecam aktiviti klik kita.Adakah orang nak buka je website terus klik iklan..pelikkan.Mesti seseorang pengunjung blog tu mengambil beberapa minit untuk baca artikel kita bukannya aktiviti mengklik.

Mempamerkan iklan adsense pada halaman website yang mengandung kandungan berhak cipta contohnya kita ambil video atau artikel orang lain (bukan hasil idea atau usaha sendiri tapi ambil hasil kerja orang-copy dan paste) kemudian kita pasang iklan ads.Kalau nak copy and paste pun pastikan anda tidak copy 100% atau anda boleh taip dari mana sumber artikel itu diambil.

Jangan pernah mempamerkan maklumat akaun adsense anda di forum, website, dll.Tindakan anda ini  adalah melanggar TOS yang telah ditetapkan oleh Google Adsense. Jika Ingin mempamerkan bukti Pendapatan, pastikan anda menyembunyikan nama dan maklumat penting .


Jangan Melakukan penipuan

Melakukan penipuan dengan cara mengubah alamat IP kemudian mengklik iklan anda sendiri ini akan membuat akaun anda dibanned . Google selalu merakam alamat IP anda ketika login/logout dan alamat IP dari seseorang yang mengklik iklan anda tersebut. Jika diketahui alamat IP tersebut adalah sama, maka bersiap-siaplah untuk mendapatkan surat cerai dari Google.

Jangan Meletakkan Iklan pada kandungan yang Mengandung Hak Cipta

Pastikan anda tidak memasang iklan adsense pada halaman website yang mengandung kandungan berhak cipta. Hati-hati ketika mengambil kandungan dari google seperti gambar, game, video, dll.Boleh jadi si pembuat kandungan website tersebut akan melaporkan kepada google

. Cara terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan menghapuskan  semua kandungan artikel yang berhak cipta.

Lindungi Id Adsense Anda

Boleh saja seseorang itu mendapatkan kod adsense anda kemudian mempamerkan  pada website yang tidak diinginkan.Contohnya meletakakan kod ads anda pada website yang mengandungi unsur ponografi atau artkel-artikel yang dilarang oleh google. Untuk memastikan iklan adsense hanya boleh dipamerkan pada blog  anda, sila login ke Akaun Google Adsense anda dan masuk ke halaman Dashboard Adsense anda  -> Adsense Setup -> Site Authentication, disini anda boleh memilih dimana anda mahu mempamerkan iklan hanya pada alamat website tertentu yang diinginkan.

Invalid clicks (paling top case)

Google boleh mengetahui mana yang invalid clicks dan mana yang cheat /fraud clicks (penipuan/palsu).

Serangan Bomb Clicks

Jika anda mempunyai akaun adsense yang sudah cukup lama, kemungkinan anda akan mendapatkan serangan bomb clicks. Sang penyerang akan mengklik iklan anda secara berulang-ulang dan apa yang terjadi?, Kemungkinan besar Google akan membanned akaun tersebut . Namun tenang saja, untuk hal ini Google boleh mengatasinya dengan tidak menghasilan earnings apapun dari tindakan bomb clicks tersebut.


Cara yang paling efektif adalah dengan selalu mengawasi pergerakan aktiviti akaun Adsense anda, apabila anda mendapati jumlah klik lebih banyak daripada pengunjung maka segeralah cabut semua iklan Google adsense yang ada di halaman website anda.Atau laporkan kepada google. Hadkan  alamat IP yang melakukan click bomb  dan kemudian block alamat IP tersebut daripada mengakses website anda.

Gunakan "Allowed Sites" di akaun Adsense agar laman web yang disenaraikan di situ sahaja yang kliknya dikira. Salah satu cara click bomber adalah pelaku menaruh kod iklan kita di laman web mereka kemudian melakukan click boming.

 Iklan dipasang dengan sistem pop-up atau floating (melayang).

Pastikan artikel anda cukup banyak dan tidak pendek sebelum memasang iklan google.Pastikan saiz iklan sesuai dengan template anda.Warna kalau boleh sama dengan warna template. 

Jangan membuka akaun Adsense dari sambungan internet umum seperti Sibercafe, hostspot(wifi) atau pejabat.Boleh guna tapi pastikan anda sentiasa  clear history, cache dan cookies. Buatlah sambungan internet khusus (boardband) untuk membuka akaun Adsense.


Jangan beritahu "musuh online" Anda tentang laman web anda yang memakai Adsense.

P/s: Anda ingin tutup google adsense website/blog musuh anda? Jika ada, sila komen atau pm website itu untuk dibuat kajian penutupan akaun iklan google adsense.

Ulasan